Tuesday, August 28, 2012

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah ke atas Allah S.W.T kerana abah dah dibenarkan keluar hospital hari ini. Mak baru sahaja telefon aku mengatakan abah dah boleh balik!!!!! 

ALHAMDULILLAH... 

Syawal 1433H

Assalamualaikum...salam syawal kepada semua. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan bernafas di dunia milik Allah S.W.T ini. Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..

Hari raya...aidilfitri..setiap tahun kita menyambutnya setelah 30 atau 29 hari berpuasa dari menahan lapar dahaga dan dari-dari perkara yang melebihkan urusan duniawi semata. Raya tahun ini adalah raya ke 26 aku sambut bersama keluarga aku. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah kurniakan buat aku dan keluarga aku.

Kemeriahan sambutan aidilfitri tidak berpanjangan. Abah aku telah dimasukkan ke hospital pada malam raya keempat 22 Ogos 2012. Hari ini semasa aku menulis blog ini abah aku belum keluar lagi dari hospital. Semoga abah cepat sembuh dan lalui hari-harinya bersama kami sekeluarga seperti biasa. Amin...

Sayang abah sayang mak..sayang satu keluarga aku!!!

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Leka..lalai...cuai...tak peka..

IJA.... LAIN KALI KO KENA PEKA!!!! JANGAN LEKA OK!!!


TAK KAN ADA SESIAPA YANG AKAN MENGINGATKAN KO....


KERJA KO TANGGUNGJAWAB KO....... 

Friday, July 20, 2012

30 Syaaban -------> 1 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Hari ini 30 Syaaban. Esok semua umat islam di dunia ini akan menyambut bulan mulia..bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan al Mubarak...InsyaAllah... Mengharapkan agar bulan Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Jika diizinkan Allah S.W.T, InsyaAllah esok aku akan berpuasa. Amin...

Hari ini bekerja macam biasa tetapi......

*
*
*
*
*
*
*

masuk keja jam 2 petang...hehuuuuu... (pergi appoiment kat klej komuniti-jam 9 pg)

Dapat email dari farhan bakri..(bukan apa2 yer..hanya seorang kartunis menghantar gambar yang dilukis).
Comey ja gambar tue..tp xtaulah ada iras2 aku ka idok..huhu..


Peace yoooo!!!!





Thursday, July 12, 2012

Ada hikmahnya... :)

Assalamualaikum.. 12 julai 2012. Kurang 10 hari Ramadhan dtg lagi!!!! hehe.
Hari nie nak cter sal kereta aku yang moleh lagi merah menyala tue. Untuk yg kali ketiganya dia rosak. Hari nie lah dia rosak..otw nak pg keja dia wat hal..manja sgt dia 2..asyik nak kena anta pomen ja.... Dugaan..dugaan tapi syukur aku masih punya kenderaan yg dapat memudahkan aku dalam urusan seharian.berbanding orang yang hanya jalan kaki tak kira panas hujan ribut petir kilat sabung menyabung kan....tetap gagahkan diri jalan menggunakan tenaga yang ada.. Alhamdulillah.

Ok2...dah2 tulis blog time keja..sangat tidak beretika orang bernama ija nie...

Moh2 poie wat kojo...heheee

daaaaaaaaaaaaaaaaaa...............

Monday, July 2, 2012

Jun penuh dugaan..harapan Julai lebih baik... :)

Assalamualaikum..
Selamat datang JULAI !!!!

Sekejap ja dah masuk bulan 7. Rasa macam baru ja jengah 2012 nie. Hari nie aku posa ganti hari kedua last..hehe :) InsyaAllah esok hari last ganti. Sekiranya tak bapa nak rajin ganti hari khamislah.. :D

Bulan lalu banyak sangat perkara yang berlaku. Dengan kereta rosak 2hb 6 ari tue.. tambah lagi dengan kerosakan terbaru 30hb ari tue..ishhh dugaan memang dugaan. Belum lagi masuk dugaan hati dan perasaan...tak perlu nak crita lah kan..simpan dalam ati jalah.. :P

Harapan agar bulan ini dan bulan seterusnya akan lebih baik dan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini moga segala amal dan ibadat akan dilipatgandakan... InsyaAllah.. Amin...


Tuesday, June 26, 2012

Aku insan yang lemah....

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


Inilah jawapannya..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216



Lumrah hidup di dunia..setiap manusia mahu yang indah belaka..yang cantik belaka..yang sedap mata memandang..tetapi apa yang kurang dan apa yang buruk dan tidak lawa itu tidak semestinya mendatangkan kesusahan pada kita dan yang cantik molek itu tidak semuanya baik belaka.. Waallahualam.  :)

Friday, June 22, 2012

Jumaat penghulu segala hari...

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada aku untuk melihat dunia pada hari ini..bernafas seperti biasa dan tentu bkerja untuk mencari rezeki. Hari jumaat. hari yang aku bekerja sorang2..tengok Nasi Lemak Kopi O sorang2..huhu.

Baiklah...sedikit santapan pada pagi jumaat ini.



Sama-samalah kita manfaatkan hari jumaat ini.. :)

Wednesday, June 6, 2012

Mendengar lebih baik...

Assalamualaikum..sedar xsedar dah setengah tahun dalam 2012 nie. aku pon dah nak kerja hmpir 2tahun setengah. macam-macam perkara yang aku lalui.semuanya menjadikan aku lbih dewasa. alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang Allah berikan buat hambaNya yang kadang2 leka dengan duniawi. MasyaAllah... aku bukan seorang yang mudah melatah,mudah melontarkan pendapat kerana bagi aku sekiranya kita tidak suka atau tidak berkenan dengan sesuatu, lbih baik kita mendiamkan diri sahaja dari merungut dari mempersoalkan ketidakpuashatian ini..hehee. mendengar lebih elok..mana yang baik kita amik.mana yang sebaliknya kita wat pngajaran.

Friday, May 18, 2012

Kenapa aku diuji?

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka" -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

"..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

p/s:

Sesungguhnya Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan mereka. Terimalah setiap ujian dan dugaan itu dengan mendekatkan diri lagi kepadaNya... Subhanallah.. Allah Maha Besar. Tiada perancangan yang sebaik baiknya melainkan perancangan dari Allah S.W.T.

Sumber Artikel : 

http://www.jommengaji.net/2011/06/kenapa-aku-diuji-al-quran-menjawab.html
http://tintanuraniku.blogspot.com/2011/04/kenapa-aku-diujial-quran-menjawab.html

Thursday, May 17, 2012

Biarkan saja...


TERUSKAN IJA....
JANGAN PUTUS ASA IJA....
BIAR MASA TENTUKAN...
CARI YANG TERBAIK OK!!! 

Thursday, May 10, 2012

Visit visit visit.....

Hari nie pos dua cter...td cter lama dah... yang nie cter baru berlaku semalam. CBC aku menerima kedatangan dari wakil EPU seramai dua orang sahaja..tapi aku punyalah cuak kan...pk sampai 15 orang..hahahaa.. Banyak benda yang aku belajar, salah satunya nak berhadapan dengan orang ramai.. sampai skang aku agak susah nak hadap atau bercakap dengan orang ramai. aku nie darah gemuruh..hahahah..."Gemuruh jiwa...semangat membara..." tapi semangat aku tak membara pon..hahaa...  Apa itu EPU erkk?? aku pon tak tau jadi google r kan..upanya singkatan Economic Planning Unit atau unit perancang ekonomi..hahaha...mengong plak rasanya... Alhamdulillah CBC aku pada tahap yang memuaskan. Belum lagi sampai cemerlang. Penghargaan aku ucapkan kat sahabt2 se CBC aku... Hasanatul Atiah, Mohd Shukor ngan Shamsul..tanpa diorang patah sebelah kaki aku.. Penghargaan paling tak ternilai untuk Encik Din yang banyak sangat membantu aku...menolong...me "backup" aku kalau-kalau ada masalah..pic sekitar majlis...


Perbincangan antara Encik Din dan Puan Yap. 
Aku ngan Puan Liza sibuk minta contact number..huhuh 
Kakak2 pc depan tue ngah wat survey..heheh

Puan Liza..sonok ngan budak-budak jalor yg bucuk..hahaaa

Zati yang comot, Sanah yang tomey, Shukor yang bajet, 
Puan Liza, Puan Yap, Encik Din ehem2, Shamsul yang poyo...hahahaa..

Next time wat yang terbaik ok!!!!!!


26 tahun

Bulan 5..bulan mei...adalah bulan kelahiran aku. Agak lama aku tak update kat blog nie. Asyik bz ja lepas baru balik training dari Tambun. Seronok memang seronok walaupun penat. Tarikh start training jatuh masa tarikh lahir aku pula tue..memang hepi..Alhamdulillah HQ tak tau.hehee.. Tapi aku sangat hepi sebab dia orang pertama ucap bufday kat aku..wlopon dia xpost kat fb..tapi dia msg aku pukul 12.57..heheh.. yang sedihnya aku xpat sambut ngan mak aku. Bufday aku sama ngan mak aku.aku sambut sebelum pg training 1hb pagi tue. Opsss...mesti nak tau bufday aku bila kan..hehehe.. 2hbMei1986. Sama ngan Ziana Zain, ngan David Beckham, The Rock tapi yang paling penting sama ngan mak aku.. Puan Norhayati Mohamed Abas. Tahun nie genap 26 tahun...tua dah kan. Lagi 4 tahun nak jejak angka 30. Jodoh tak sampai lagi. Dengan harapan sebelum jejak 30 aku dah jumpa seseorang yang dapat melengkapi kehidupanku.cehhhhhh...

Nie nak cter kat tambun lah.. Aku kebetulan satu bilik ngan yati..member aku yg terdekat..rapat..yg suka buli2 suma..hahahah.. pas tue lagi sorang ngan Christina...dak sarawak,...kami panggil yau ja..dia dari CBC Kubu Emma. Dia sangat sporting..dia sangat menghormati kami yang nak solat dalam bilik.kiranya dia sngat menjagalah hak-hak sensitiviti kami. Nie antara pic sepanjang aku di tambun. Tak amik banyak pon sebab aku tak da kamera.huhuu...

Roomate sy..Yau dan Yati

Acara jalan-jalan..huhuhuu

Wirawati sebelum bertempur berhabis-habisan..smpai pancit (muka ada senyum)

makan2...bersila.. 

Bersama wakil serantau terbek wooo!!!! asal masam ja ka nida?? peace yoooo...

Byk lagi..xyah letak lah...malu2...hehuuuuu......

Monday, April 30, 2012

Hari xshat..hari yg sgt down...

Semalam dan 28 hb di UTEM. Training 1 CiTiZEN. Malang kerana aku tak lulus exam yang nak melayakkan aku menjadi seorang trainer. Kena cuba lagi lepas nie. Alhamdulillah ada peluang kedua. Nak diceritakan semalam aku tak shat. Macam biasalah penyakit gastrik nie datang ngan tiba-tiba. Semua serba tak kena. Berpeluh semacam jer..sakit perot.nak tumpu pada training pon tak dapat. Petang terpaksa pergi klinik sebab tak bawa ubat. suma nak lupa. Esok pergi perak tak bole lupa-lupa bawa ubat. tak da sapa nak tolong dah kat sana, kena pandai-pandai lah jaga diri sendiri. tak laratlah nak tulis lagi. seram sejuk jer nie suasana kat CBC. Jom tengok 5 rencah 5 rasa kat tv3.. Daaaaaaa..........

Thursday, April 26, 2012

macam-macam.....

Petang khamis di CBC. Rasa macam nak marah jer suma orang dalam CBC nie..tak taulah pasal apa. Mungkin aku tak bapa nak shat kot. Esok aku dah nak pegi melaka. Ada training kat UTEM melaka sampai hari ahad. Moga-moga aku lulus dengan cemerlang nanti.. InsyaAllah.. Hari selasa nak bertolak pegi perak plak. Ermm padat sungguh rasanya bulan 4 nie.

Bercerita soal program 1 CiTiZEN, Alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar. walaupun hanya 2 orang sahaja yang lulus. Tapi xpalah percubaan pertama kami kan.. InsyaAllah akan datang mesti wat yang terbaik. Amin..

Soal hati dan perasaan tak boleh nak tafsir tak bolah nak jangka. Siapa yang diciptakan buat aku akan aku terima dengan redha dan ikhlas. Kan best klo ada lelaki yang beriman bagi aku lagu nie..


Ya Allah Ya Tuhanku..sejahterakanlah kedua ibu dan bapa ku..adik beradiku, sanak saudaraku, jiran-jiranku, guru-guruku serta seluruh umat islam di dunia ini.. Amin..


Saturday, April 21, 2012

1 CiTiZEN

Hari ini 21hb 4 2012. Bermula program 1 CiTiZEN bagi semua site central. Aku tak rasa sangat berdebar sebab bukan aku yang jadi trainer. Tapi aku nak berterima kasih pada kak nida, fiza ngan fariza sebab sudi bantu aku kat sini. Sudi jadi trainer buat cbc aku. Tak kisahlah secara rela atau paksa.heheee.. InsyaAllah 26 dan 27 hb nie aku akan mengikuti kursus prestariang untuk melayakkan aku menjadi trainer masa akan datang. Jadi tak perlulah aku menyusahkan rakan-rakan aku yang lain kan..nak import diorang jauh-jauh..huhuu.. Mudah mudahan aku akan lulus. Amin.. 1 CiTiZEN nie ialah satu pensijilan untuk mengiktirafkan kita sebagai rakyat yang beretika dalam menggunakan internet dan komputer amnya dalam penggunaan bahan digital termasuk telefon. Moga-moga akan menjadi lebih beretika dan bertanggungjawab.. :)

Awal bulan 5 pula aku akan ada CBC Performance Review..arghhhh..ikutkan aku malas nak fikir sal review nie. tiap-tiap tahun mesti akan ada sahaja salah silap kami yang pihak HQ akan ungkit,kupas,ungkap dan banyak lagi lahh..hahaaaa... Nie lagi satu yang buat aku pening kepala..kata ada malam tema lah pula..tema rock n roll..apa kejadahnya lah nak wat tema-tema nie.. baik wat doa selamat kot baca yasin ramai-ramai..wat ceramah muhasabah diri ka..hehee..tp xpalah kan..pekerja memang kena patuh arahan orang atasan kan.. :)

Harapan aku agar semua berjalan dengan lancar. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menghadapi semua dugaan daripada mu Ya Allah..Engkau jadikanlah aku seorang hamba yang sabar dan tabah dalam melalui segala ujian yang mendatang. Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, April 10, 2012

Meragam plak... !!!!

Lokasi : CBC Bukit Jalor.
Jam : 3:12 pm

waaaa..........rasa sangat down hari nie. asal  gastrik aku tak elok-elok lagi nie..sesak rasanya. sendawa pon dah dengar 1 batu jaoh ehh..asyik kuar angin ja..perot pon memulas ja nie.. Aku dah makan.cukup ja makan rasanya..asal ada lagi sisa gastrik nie... ubat pon dah makan. sabarlah wahai ija...


Nie nak cakap pasal kemaafan plak..kemaafan yang tertangguh.aku takotlah nak minta maaf kat dia..rasa sangat-sangat tak confident nak ucapkan maaf tue. sebab apa pon tak taulah.. nantilah bila aku dah betol-betol bersedia aku akan minta maaf jugak..mungkin dalam tahun nie..paling lewat pon tahun 2014..heheheh..



Saturday, April 7, 2012

Maafkan saya ehhh....

Hari ini aku cuti. tak kerja. Aku pergi klinik cek masalah perempuan aku..heheee.... Alhamdulillah stabil..cuma stress skit..pk sal apa pon xtaulah..  Lain yang nak cek, lain yang dpat. Gastrik datang balik..ingt ok dah.. Rasanya aku makan tak ikot waktu... Malam nie aku nak minta maaf kat seseorang..aku tak taulah samada dia nak maafkan aku atau tak. Aku tak kira..aku tetap nak minta maaf kat dia..sebab aku tak minta izin nak baca blog dia. Aku rasa macam serba salah..tak tenteram pon ada. Mudah mudahan dia maafkan aku...tapi macana kalau aku dah bgtau dia xmo kawan ngan aku lagi.. Ija...xyah pk sangatlahh..apa pon yang jadi..hidup mesti diteruskan..


Monday, April 2, 2012

Terimalah kenyataan...

Assalammualaikum...pejam celik dah masuk bulan 4. sekejap saja masa berlalu. 31 mac hari tue aku pergi kluang menghadiri satu majlis perkahwinan member sekerja aku. Boleh tahan jaoh kluang tue sebab jarang smpai sana kan..rasanya hari tue baru dua kali aku pergi sana. Nak letak pic xda plak pic sama pengantin. suma dekat kamera orang lain. Pergi sana dapat lah jumpa ngan dia.tapi tak cakap apa-apa pon. senyap jaa.. Biar jalah macam tue kan..lagi baik. Bila fikir-fikir semula..aku rasa hanya berkawan lagi sesuai dari menimbulkan apa-apa perasaan..aku tak pernah menyesal luahkan rasa...semua dah terjadi kan.

Walau apa pon yang terjadi...hidup mesti diteruskan..
Hidup ini mesti berani terima kenyataan.. kuatkan hati..
Jaga Iman..Jaga Hati.. :)



Wednesday, March 28, 2012

Pening-pening...blur-blur...


Apa khabar semuanya..adakah anda sihat-sihat belaka? saya jawab ehhh..'yer...kami semua sihat!!!' hehee.. Hari nie aku pg update plak blogger yang baru, kan dah susah..nak xplore lagi..cam rumit ja.. Hari ini aku kerja..baru leh nak menyemak kan blog aku nie. Kalau nak post guna bb sangatlah leceh sbb size yang sangatlah kecik kan..sakit mata nie.. Hari nie keadaan cbc aku sangatlah riuh mengalahkan pasar..pasar pon xdalah bsing macam nie agaknya. Budak-budak xda koko..tue yang suma mai sini..nak main game ja kerjanya.. Berapa banyak hari ini daaaaa........hehuuuuuuu






Saturday, March 24, 2012

hepy berpada2 ok!!!

Esok aku cuti...yeahhhh!!! aku cuti smpai har selasa. Esok ngan isnin aku dok umah jalah. Selasa aku nak kuar ngan cik yatie gebu pergi segamat. Sapa nak ikot??? angkat kaki...heheee...  Dalam kita nak bergembira nie ingatlah orang yang kurang bernasib baik. Orang yang tidak cukup kasih sayang..anak yatim piatu. mereka semua hamba Allah sama seperti kita. Ija, bersyukurlah dengan apa yang kau ada hari ini. Alhamdulillah...

Thursday, March 22, 2012

Kantoiiiii.....

4:37pm waktu aku tulis entry nie. 4:36pm tadi aku nak jengah blog dia tapi NOT FOUND??? atoyaiiiii...dia dah tau ka aku penah jengah blog dia nie..lam ati aku..alamak!!!! kantoi sudah ini macam...  Minta-minta lah sebab lain kan... 



Wednesday, March 21, 2012

Hilang...

Hilang lagi selipar aku buat kali keduanya..waaaaa..sapalah budak yg amik selipar aku nie..ishhh..geram tol aku nie. pkai selipar cantik kna amik. selipar buruk pon owg amik. pas nie pakai high heels r pg keja kan..



Cantiknya warna ungu baldu lagi tue..tapi kalau aku pakai konpom xsampai lima langkah terpeleot dah..heheee...

Hilang selipar tak sama dengan hilang anak. apa ada hal kan kalau hilang selipar nak dibandingkan dengan kes sekarang kat malaysia nie. Hilang anak..hilang mak..aku pon dah merasakan selamat ke malaysia nie?? Alhamdulillah selagi kita di bawah pengawasan yang betol tak kan ada apa-apa yang jadi. Zaman sekarang anak remaja mudah sangat ikot kata hati..tidak berfikir panjang..mak ayah risau tapi apa yang jadi??? sanggup mereka-reka cerita penculikan sendiri...Astaghfirullah al azim....minta dijauhkan lah dari fikiran aku. (remaja ka aku???rasanya tua bangka dah...huhhuuu..)

Apa yang terjadi moga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar.... 

Baik ke???

Semalam mc xkeja. demam macam makin teruk. Alhamdulillah hari nie dapat kerja seperti biasa, tapi sian plak kat partner..batok2 dah berjangkit sama sy lah 2...hahaha...

Hari nie dapat enam email kerja. mengenai i citizen. Apa itu i citizen??? aku pon xpasti. cari kat google pon xdijumpai.xpalah...aku boleh tanya rakan-rakan yang lain macam shamsul ngan hasanatul. Malas nak pk sal i citizen tue sebab time kursus prestariang tue aku xjoin..jadi hati tue xda sangatlah nak tau sal i citizen nie. Hahhh..tgk dah ada satu sikap buruk aku..malas dan xmau nak cari sesuatu yang baru.apo nak jadi nie ijaaa....xmo cter r..

Skang nie nak cter aku nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya..biarlah apa orang nak kata pon kan..aku rasa dah dua kali aku post nak jadi baik nie..tapi baikkah aku? InsyaAllah akan menjadi baik...setiap orang ada kelebihan kekurangan..macam aku jugak..rasa macam lagi banyak yang kurang dari yang lebih. Tapi itu semua xpenting.harap semuanya dalam kesederhanaan.

Monday, March 19, 2012

kosong...

Blur nak letak tajuk apa. last2 tlislah ksong.. hari nie xkerja. Dok umah jelahh..kesihatan pon xmengizinkan untuk pg mana2.. abah pon xshat nie..darah tinggi datanglah 2. muntah2 pening kepala. kesian abah..xlalu dah...dah makan kuar balik apa yg di makan 2.. aku harap abah cepat sembuh. sebab abah xmo bergantung dengan ubat darah tinggi..nanti bila ubat xda..lagi susah kan.. Abah pon makan xmo pantang.. pegi kenduri makan ja daging kambing..memang sedaplah..tapi kita nie lah risau bila dia sakit...

Aku pon penah kena darah tinggi..memang sangat xsangka masa 2.mngkin aku xpnah nak jaga makan minum aku selama nie.Alhamdulillah skang nie dah xpnah datang lagi. Kena jaga2 lah..

Nak smbung baliklah kmas bilik nie.berselerak dah..huhu macam dilanda ribut..huhu

Saturday, March 17, 2012

Apakah..apakah ini..

Aku tidak taksub
Aku tidak meminta
Aku tidak mengharapkan
Apakah ini..apakah...
Aku tidak peduli
Aku anggap ini hanya sebuah kenangan.


Hari hari aku mesti tengok blog dia. Aku tidak merasakan yang dia tau aku jengah blog dia. Walaupun saban hari page viewer dia bertambah-tambah. Mungkin followers dia kan!! sedangkan aku tidak pernah memberanikan diri aku untuk menjadi pengikut blog dia. Biarlahhh...hidup ini tidak selamanya indah. Kadangkala ujian datang bertimpa-timpa kerana Allah hendak menguji umatNya. Saat ini aku merasakan yang aku perlu muhasabah diri aku untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun bukan pada mata manusia..tetapi akan berusaha untuk menjadi lebih baik pada mata Allah S.W.T... semoga aku berkesempatan memperbaiki diri aku kerana kita hidup di dunia ini bukan untuk selamanya..semua ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa boleh hilang dalam sekelip mata....

Friday, March 16, 2012

Bengkel Photoscape..kesihatan...

Assalammualaikum..
Alhamdulillah bengkel photoscape selama dua hari 14 ngan 15 mac berjalan lancar. Walaupon secara kecil kecilan tetapi banyak manfaat yang diperolehi. budak-budak nie suka lebih-lebih lg dapat sijil. Tue yang diorang nak kumpul..hehehhe.. skang nie tinggal nak wat report ja send pada ws ngan nusuara..syukur..

Masalah kesihatan memang xlepas dari setiap orang. Macam tue jugalah ngan aku. Dua hari lepas dengan cuaca yang xmenentu..selesema plak menyerang.skang nie ngan batok2 sekali. ditambah plak ngan ulser dalam mulut nie..memang peritlahh.. tapi aku gagahkan juga...Allah nak menguji hambaNya...

Wednesday, March 14, 2012

Sejuk semakin sejuk..jantung berdegup kencang....

Hari ini aku deactivated facebook. Sengaja malas nak hadap facebook hari2. Kemudian aku jengah blog seseorang untuk tengok samada dia update atau tidak blog dia. Alangkah terkejutnya aku bila membaca entry latest yang dia post. Walaupon dia tak mention sapa orang yang dia maksudkan, dalam hati aku kuat mengatakan aku lah orang yang dia perkatakan dalam blog berkenaan. Perasaan aku tiba-tiba rasa sangat sejuk ditambah dengan cuaca yang sememangnya sejuk sekarang nie...jantung aku berdegup kencang. 


Tidak perlulah aku merungkaikan di sini apa yang terjadi sebenarnya. Cukuplah sekadar aku beritahu yang aku xambil hati pon dengan apa yang terjadi. Aku anggap semua nie asam garam kehidupan. Pasang surut lumrah sebagai seorang hamba Allah. 


Sesungguhnya pada saat ini aku merasakan bahawa aku sudah rasa tak kisah dengan perasaan sesama manusia..biarlah rasa itu datang dengan sendirinya bila tiba saat yang telah ditentukan oleh Ilahi. Alhamdulillah aku akan merasa tenang seandainya rasa sayang rasa kasih aku curahkan hanya pada yang Esa..aku masih punya keluarga dan teman-teman yang menyokong. Syukur.. 


Semua yang berlaku adalah satu pengajaran yang mendewasakan dan mematangkan aku

Berani sikit ija...

Assalammualaikum..
hari ini kerja macam biasa. Alhamdulillah masih bernafas lagi di dunia ini.masih sihat masih boleh mencari rezeki. Aku kerja mengadap budak-budak hari-hari tapi aku susah nak marah budak2 nie klo dia bising.Mcana aku nak jadi berani weiiii....waaaaaaaaa asal xda kekuatan dalam diri ini hahhhh????

Apa nie ija..ko kna kuat..kna tegas...xleh lembik2 r mcm nie..

TEGAS SIKIT IJA..!!!!!

Thursday, March 8, 2012

Luahan rasa

Assalammualaikum...lama tak catat mencatat di sini.baru bermula semalam. Kehidupan aku seperti biasa. Pergi kerja mengadap komputer jaaa.. Tajuk di atas..apa yang nak diluahkan sebenarnya...hidup ini kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang...sebaik mana kita merancang kalau bukan dengan izin Allah S.W.T ia tidak akan terjadi juga. 


Tetapi apa yang nak dicoretkan ini adalah mengenai perasaan sesama manusia. Aku seorang perempuan telah meluahkan perasaan pada seorang lelaki!!!! antara percaya atau tidak.. Perasaan tue hadir tiba-tiba dan aku telah memberanikan diri mengatakan yang aku suka pada dia. Walaupun kami tidak bertemu dan luahan itu hanya melalui sms..tetapi sangat memberi kesan pada aku. Aku berfikir apakah aku nie tak tahu malu dengan perbuatan tersebut. Nasi sudah menjadi bubur..terlajak perahu ke..kereta ke..boleh jgk nak undur balik..terlajak kata..terlajak sms mana boleh nak patah balik.. Aku tak peduli. 


Akhirnya luahan aku dibalas...tetapi HAMPA!!!
Aku mendoakan dia akan berjumpa dengan insan yang selayaknya dengan dia.
Aku tidak menyesal bahkan aku merasa lega...


Tarikh luah perasaan.. antara 14 feb 2012 nak menjengah ka 15 feb 2012...hahahaha... (aku memang muka xmalu..)


Tgk gambar tue..malunya aku..aku xtaulah mcana kalau aku berdepan ngan dia..waaaaa...tebalkan ja muka tue ija.. 

Wednesday, March 7, 2012

7 march 2012

Assalammualaikum....bukan satu hari yang istimewa. Cuma syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di dunia kepunyaan yang Maha Esa ini... Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa. Walaupun sudah hampir 3 bulan pada tahun 2012 ini..aku masih lagi berharap agar masa-masa akan datang akan lebih baik dari sebelumnya. Masa lalu biar dijadikan pengajaran buat aku. Meluahkan perasaan..eehhhh..tiba-tiba pula sal meluahkan rasa nie...sambung len kali jalah.. :)