Wednesday, December 17, 2014

Maafkan saya...

SAYA SAYANG AWAK...
MAAFKAN SAYA YERRR KALAU SELALU SAKITKAN HATI AWK.

MAAFKANSAYAKA...

Monday, August 18, 2014

Ada ka mengumpat yang dibenarkan?

Assalamualaikum...

Salam isnin...

Rasanya ija nie suka suki dia ja nak tulis kat blog bila bila dia suka. Sebulan  satu Kali post!! Cukuplah untuk diri sendiri....huhiiii

Nie bukan nak cerita...nak c&p ja dari makngah Google...saja nak sharing caring boring terbaring...

Mengumpat ialah perkataan yang mengandungi unsur kebencian dan menyakitkan hati. Walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi ianya tetap dikategorikan sebagai mengumpat. Jika ianya adalah satu pembohongan(fitnah), maka kedua-duanya (fitnah dan mengumpat) itu, menjadi dosa besar dan menjijikkan.
Mengumpat dibenarkan mengikut beberapa keadaan tertentu.
Pertama: untuk membuat aduan kepada pihak atasan agar kejahatan dapat dihapuskan dan keadilan dapat dikembalikan.
Kedua: jika seseorang ingin bekerjasama dengan orang yang tidak dikenali dan meminta pendapat daripada anda. Dan anda memberi nasihat kepadanya untuk kebaikan tanpa berunsurkan kepentingan diri anda. Contohnya; janganlah kamu bekerjasama dengannya. Jika tidak kamu akan menyesal kerana dia hanya akan memudaratkan kamu.
Ketiga: jika seseorang itu bukan berniat untuk mendedahkan keburukan orang tersebut, tetapi untuk memeberi kesedaran.
Keempat: jika orang yang diumpat itu melakukan dosa tanpa sebarang hasutan bahkan dengan kerelaan mereka sendiri dan melakukan dosa tanpa teragak-agak.
Berdasarkan keempat-empat kategori di atas, mengumpat itu dibenarkan jika ianya dilakukan tanpa unsur kepentingan diri dan semata-mata untuk menyatakan kebenaran.
Sebaliknya jika tujuan mengumpat itu selain daripada kategori di atas, ianya diperumpamakan seperti api yang membakar amal soleh. Sepertimana nyalaan api boleh membakar kayu.
Jika seseorang itu mengumpat dan yang lain mendengar umpatan dengan rela, maka haruslah salah seorang daripada mereka berdoa; i399 Apakah Kategori Mengumpat Yang Dibenarkan? Ya Allah, ampunilah aku dan dia (orang yang diumpat) dengan kata-kata umpatan yang telah saya lemparkan.
Dan bilamana mereka (orang yang mengumpat dan mendengar umpatan) berjumpa dengan orang yang diumpat, maka mestilah mereka meminta maaf dengan berkata: “maafkan saya”.(daripada Risalah Nur)

Umpatan, mengumpat, mengata dan sebagainya sinonim dengan perempuan gadis wanita... Hahhh...gadis pon mengumpat termasuk saya. Nauzubillah... Manusia take terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi isu sekarang nie dah tau itu adalah dosa besar masih nak buat juga!!! Termasuklah sy lagi sekali. 

MasyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa saya... Terasa hina dan jijik tiba-tiba... 

Istiqamah terus istiqamah menuju kebaikan... In Sha Allah

Entry untuk umum tiada kena mengena dengan sesiapa jua hanya untuk mengingati diri sendiri. 

Guna phone comey dari orang yg comedy memang macam nie... Tulisan pon lain2... Typo sana sini. Esok guna PC i edit semula yer... 

Jom makan ikan pekasam sama sambal belimbing buloh!!!! Telan air liur jalah yer..

Daaaaaa 

Salam Syawal dari IJA untuk semua.... Hihiii 

Thursday, July 10, 2014


Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas dibumiNya ini. 
Alhamdulillah selesai makan tengahari tadi..Alhamdulillah rezeki lemang dan rendang dari Wan Kiah menambat selera aku. Masih terasa kepedasan rendang ayam campur daun puding tue.. Walawehhh sodap beb!!

Keadaan di CBC seperti biasa...anak-anak aku macam selalulah, bising yang amat-amat. Ponek den terjorit-jorit macam tue jugaklah perangai ehhh samo jolah. Tak bole buek apo dah..den dulu pon mcm tue agak ehhh..jadi bior jalah diorang dengan dunia fantasi diorang tue..

InsyaAllah andai esok panjang umur malam ini masih bernafas lagi dapatlah menunaikan tarawih pertama pada Ramadhan kali ini. Terasa excited nak tunggu bulan puasa nie.. Tak tau sebab apa.. :) 





Oklah nak sambung buat laporan aktiviti nie..esok nak cuti dah takmo fikir pasal keja..hehee 

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua... 0-0 yer.. Maaf andai tersalah kata tersilap bicara, sesungguhnya segala yang buruk dari saya hambaNya yang hina dan segala yang baik sempurna hanya dari ALLAH S.W.T yang ESA. 

Puasa jangan tak puasa!!! 


Sunday, June 22, 2014

apaapaan....

Assalamualaikum..

Ambillah masa..
Ambillah masa..
Ambillah masa..

Tak kisah tak kisah tak kisah

Terima
Terima
Terima 

Apa yang aku merepek nie...
Esok mau pergi sekolah anas. 
Jadi wakil parent plak..hahah
Angguk jalah apo Cikgu ehh nak kato..

Daaaaa...

Selamat malam dunia maya!!! 




Saturday, June 21, 2014

La Tahzan


La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


la tahzan
la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)


Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-wanita-bahagia/

Friday, May 30, 2014

KONGSI



Cukuplah kau seorang yang memahami

walaupun seluruh dunia menghukumi

akhirnya hidup kita sendiri-sendiri

cinta kadang-kadang tak perlu dikongsi


-Fazleena Hishamuddin-

TUNGGU KERING NANTI...

Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah
tapi makin kau jahit, makin berdarah

Jarum itu tumpul 
atau barangkali benang tersimpul

Biar sahaja luka itu
Kering nanti baiklah tu... 


 -fazleena hishamuddin-

Wednesday, May 21, 2014

Cintai Allah... Cintai Rasul...

Assalamualaikum...hiiiiiiii

Cintai ALLAH...
Cintai RASUL...
Cintailah Ia lebih dari mencintai manusia...


Jagalah hati anda wahai ija.... :)

Saturday, May 3, 2014

Terima Kasih ALLAH..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah atas segala yang Allah kurniakan kepada aku.. Aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini, masih lagi boleh menggunakan tenaga untuk melakukan ibadah dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah semalam genap umur aku 28 tahun. Apa? 28? masih muda remaja lagi...heheeee. Memang muda pon lagi..baru 28 tahun kan.. Umur tidak mengukur apa-apa mengenai seseorang, ajal kematian pon tidak mengukur berapa umur hamba Allah itu. 

Selamat Hari Lahir juga buat mak...semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T.  Bufday mak aku sama ngan aku..kau hado??? takdo kan...heheee.. 

Ok sekarang kita start cerita pasal semalam.. Balik dari keja dalam jam 6.20ptg mcm tuelah > masuk bilik > atas katil ada bungkusan > pelik sebab mana ada order apa-apa > tgk bungkusan ada nama jeng..jeng..jeng.. (biar aku jalah yang tau) heheee > macam-macam perasaan ada > air mata menitik dalam 15 minit > snap pic bngkusan dulu > buka bungkusan (nangis lagi) > taraaaaa (aku terharu) > Alhamdulillah, tak sangka (cukuplah dah menjadi orang pertama wish bufday kat aku) > buat susah-susah ja bagi kejutan. 

Terima kasih ALLAH.... 
Terima kasih ALLAH....
Terima kasih ALLAH....

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih besar daripada segala masalahku!

Usah dipinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!

Semuanya SOAL HATI > Pahrol Mohamad Juoi. 

Tuesday, April 8, 2014

Jagalah Hati

Assalamualaikum... petanggggg....heeeee

Lama sangat tak jengah blog nie. Rasa mcm dah bertahun-tahun. Ntah apa yang aku buat hari-hari pon tak tau. Bz sangat ka? takda masa sangat ka? hahaha. Hari ini nak cerita apa yer...nak cerita apa pon tak tau tapi nak tulis blog..apa pon tak bole ko nie ija... :p

Hati rasa berbunga
Hati rasa riang
Hati rasa mencair seperti aiskrim
Hati rasa berdebar
Hati harap yang terbaik...

Moga hati aku dan hati dia akan terus terpelihara untuk mencari redha Ilahi. 

Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aku hanya merancang, tetapi segala ketetapan hanya pada Allah yang Maha Esa, Maha Kaya.      

Amin..Amin..YaRabbal Alamin...

Tuesday, January 7, 2014

2014 = 28 tahun

Assalamualaikum..

Macam tak percaya ja tahun nie usia dah bertambah banyak dan banyak.

Apa apa pon harapan agar tahun ini lebih baik dari tahun 2013.

Amin..Amin..YaRabbal Alamin... Senyum sokmo!!!!