Tuesday, August 28, 2012

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah ke atas Allah S.W.T kerana abah dah dibenarkan keluar hospital hari ini. Mak baru sahaja telefon aku mengatakan abah dah boleh balik!!!!! 

ALHAMDULILLAH... 

Syawal 1433H

Assalamualaikum...salam syawal kepada semua. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan bernafas di dunia milik Allah S.W.T ini. Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..

Hari raya...aidilfitri..setiap tahun kita menyambutnya setelah 30 atau 29 hari berpuasa dari menahan lapar dahaga dan dari-dari perkara yang melebihkan urusan duniawi semata. Raya tahun ini adalah raya ke 26 aku sambut bersama keluarga aku. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah kurniakan buat aku dan keluarga aku.

Kemeriahan sambutan aidilfitri tidak berpanjangan. Abah aku telah dimasukkan ke hospital pada malam raya keempat 22 Ogos 2012. Hari ini semasa aku menulis blog ini abah aku belum keluar lagi dari hospital. Semoga abah cepat sembuh dan lalui hari-harinya bersama kami sekeluarga seperti biasa. Amin...

Sayang abah sayang mak..sayang satu keluarga aku!!!

Wednesday, August 8, 2012