Monday, August 18, 2014

Ada ka mengumpat yang dibenarkan?

Assalamualaikum...

Salam isnin...

Rasanya ija nie suka suki dia ja nak tulis kat blog bila bila dia suka. Sebulan  satu Kali post!! Cukuplah untuk diri sendiri....huhiiii

Nie bukan nak cerita...nak c&p ja dari makngah Google...saja nak sharing caring boring terbaring...

Mengumpat ialah perkataan yang mengandungi unsur kebencian dan menyakitkan hati. Walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi ianya tetap dikategorikan sebagai mengumpat. Jika ianya adalah satu pembohongan(fitnah), maka kedua-duanya (fitnah dan mengumpat) itu, menjadi dosa besar dan menjijikkan.
Mengumpat dibenarkan mengikut beberapa keadaan tertentu.
Pertama: untuk membuat aduan kepada pihak atasan agar kejahatan dapat dihapuskan dan keadilan dapat dikembalikan.
Kedua: jika seseorang ingin bekerjasama dengan orang yang tidak dikenali dan meminta pendapat daripada anda. Dan anda memberi nasihat kepadanya untuk kebaikan tanpa berunsurkan kepentingan diri anda. Contohnya; janganlah kamu bekerjasama dengannya. Jika tidak kamu akan menyesal kerana dia hanya akan memudaratkan kamu.
Ketiga: jika seseorang itu bukan berniat untuk mendedahkan keburukan orang tersebut, tetapi untuk memeberi kesedaran.
Keempat: jika orang yang diumpat itu melakukan dosa tanpa sebarang hasutan bahkan dengan kerelaan mereka sendiri dan melakukan dosa tanpa teragak-agak.
Berdasarkan keempat-empat kategori di atas, mengumpat itu dibenarkan jika ianya dilakukan tanpa unsur kepentingan diri dan semata-mata untuk menyatakan kebenaran.
Sebaliknya jika tujuan mengumpat itu selain daripada kategori di atas, ianya diperumpamakan seperti api yang membakar amal soleh. Sepertimana nyalaan api boleh membakar kayu.
Jika seseorang itu mengumpat dan yang lain mendengar umpatan dengan rela, maka haruslah salah seorang daripada mereka berdoa; i399 Apakah Kategori Mengumpat Yang Dibenarkan? Ya Allah, ampunilah aku dan dia (orang yang diumpat) dengan kata-kata umpatan yang telah saya lemparkan.
Dan bilamana mereka (orang yang mengumpat dan mendengar umpatan) berjumpa dengan orang yang diumpat, maka mestilah mereka meminta maaf dengan berkata: “maafkan saya”.(daripada Risalah Nur)

Umpatan, mengumpat, mengata dan sebagainya sinonim dengan perempuan gadis wanita... Hahhh...gadis pon mengumpat termasuk saya. Nauzubillah... Manusia take terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi isu sekarang nie dah tau itu adalah dosa besar masih nak buat juga!!! Termasuklah sy lagi sekali. 

MasyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa saya... Terasa hina dan jijik tiba-tiba... 

Istiqamah terus istiqamah menuju kebaikan... In Sha Allah

Entry untuk umum tiada kena mengena dengan sesiapa jua hanya untuk mengingati diri sendiri. 

Guna phone comey dari orang yg comedy memang macam nie... Tulisan pon lain2... Typo sana sini. Esok guna PC i edit semula yer... 

Jom makan ikan pekasam sama sambal belimbing buloh!!!! Telan air liur jalah yer..

Daaaaaa 

Salam Syawal dari IJA untuk semua.... Hihiii