Tuesday, March 26, 2013

Memberi dan menerima...

Assalamualaikum..

Lirik lagu yang bagi aku penuh makna...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/12/lirik-selamat-ulang-tahun-sayang-imran.html#ixzz2OdKOL7kf

Apa-apa pun biasakanlah diri kita untuk mengucapkan terima kasih walaupun hanya dengan sedikit pertolongan.

Kita buat..Kita Amal!!!

Thursday, March 21, 2013

Hati lembut ke penakut???

Assalamualaikum...lagi 15minit nak balik..heeeeeee skang jam 5.45.

Aku nak bicara soal pergaduhan ketakutan dan sewaktu dengannya.. Aku nie nak kata berani takdalah sangat tapi penakut pon tak..cuma aku akan cepat tersentak atau terkejut bila sesuatu pergaduhan belaku depan mata..walaupun pergaduhan antara budak kecik yang lebih kecik lebih rendah dari aku...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak gugur jantung aku weiiii...

Adakah aku lemah semangat???? idok ler kan...

kucing gaduh pon aku rasa nak lari,....mokcik takot ler... inikan pula sesama manusia..

Jadi sekarang hindar-hindarkanlah diri anda dari terjebak dengan pergaduhan yer..lebih-lebih lagi yang wanita macam aku nie..idok keburuknya kalau korang bergaduh tarik-tarik rambut sampai terselak skirt bermotifkan bunga tue...ilang udah serinya cik kak!!!!

Tapi yang pastinya hati aku lembut kot.. (bukan macam dialog gila2 remaja yer...hati kau keras roy!!) hahaahaa...heheeee......

Wednesday, March 20, 2013

Sayang dan suka.....

Assalamualaikum... banyak keja nie tapi aku rasa macam tak da keja ja..hehee....

Hari ini saja ja aku nak share ngan korang suma orang yang aku sayang.... ini dia.... wajah kesayangan hamba.. :) love manyak-manyak... 


Kakak aku (ayu) Aku (Ija) Adik no 4 (Anas) Adik no 3 (Fatin) Adik no 5 (Idah)
Abah (Rashid) Mak (Hayati)
Aku sayang semuanya.......sampai akhir hayat aku!!!


Ok...nie wajah-wajah yang aku suka pula..bagi aku semuanya jujur dan ikhlas dalam setap perkara.. :)

Ustazah Fatimah Syarha yang lembut orangnya.. 

Prof Dr Muhaya.. tegas dan bijak..

Wardina, lantang dalam mempertahankan hak wanita...

Heliza yang manis.. 

Oki yang nampak matang tak seperti usianya..

Siti Nurhaliza penuh kesopanan..

Fazura yang tulus berkarisma..

Fasha yang berani... tak perlu ambil peduli kata-kata orang..

Nora danish ibu yang seperti keanak anakan...

Siti Saleha yang persis aku kot!! owhhh tidak aku yang perasan terlebih..hahaha..

Irma si cantik manis... :)


Lisa Surihani..baik dan cool.... 


hah??? ini amoi manyak sesat r...tapi still dalam senarai aku..dia sangat comel..
Song Ji Hyo... (kan manis kalau pakai tudung juga..hehee)





Friday, March 15, 2013

Jumaat yang banyak manfaat..penghulu segala hari.

Assalamualaikum..

Sesungguhnya hari Jumaat penuh keberkatan...



HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.
Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.
Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)
Kita buat.. kita amal!!!

Thursday, March 14, 2013

TREENEA VCO SOFTGEL

Assalamualaikum..

Siapa nak TREENEA??? angkat tangan!!! 

Aku jadi agen TREENEA skang nie...sapa yang nak beli kat aku bolelah contact aku yer.. Mesti ramai yang dah tau punya TREENEA nie apa kan..oklah nak terangkan serba sedikit..TREENEA nie adalah makanan tambahan atau suplement yang 100% dari pati kelapa dara organik... Kelapa dara organik kan memang dah terbukti keberkesanannya.. 

Antara kebaikan TREENEA nie ialah dapat mengurangkan batuk, selesema dan resdung dengan syarat kita makan ikut aturan..bukan hari nie makan 2 minggu kemudian baru makan lagi...memang kita tak kan taulah dia berkesan atau tak kan??? Lagi satu kenalah minum air banyak-banyak yer... Jangan jadi macam aku...bila teringat nak minum baru minum..hehee.. (letak botol air sentiasa depan mata yer..)

TREENEA nie juga aku suka sapu kat muka sebelum tidur. Bajet bangun esok pagi muka jadi macam Song Ji Hyo...hahaha  alangkah bagusnya kan..

dia sangat cantik....

Tapi aku tetap aku..ohohooo.. Biar tak cantik janji comel dan baik hati (statment puji diri sendiri) kan kan kannnn.... :P Alhamdulillah.


TREENEA nie pon dapat mengurangkan berat badan...yang penting kena makan dengan konsisten lah..tak bole skip2 yer.. Selain tue bole atasi masalah suka krooohh krohhh (bedengkur) time tidur tue... Banyak lah lagi khasiat TREENEA nie..

Jadi sapa-sapa yang berminat nak dapatkan..bole lah sms atau whatsapp yer.. 
01114786887 (zati)



RM46 (termasuk postage)
Kalau ambil 2 kotak RM80 (free postage) 

SANGAT BERBALOI!!!



Tuesday, March 12, 2013

JUJUR...

Assalamualaikum...

Perkataan jujur terus aku tringat lagu kumpulan radja tue ja..."jujurlah padaku bila kau tak lagi suka..." hahahahah... Jujur adalah satu sifat yang sangat baik.. Sangat indah jika peribadi dihiasi dengan kejujuran.. Aku nak selitkan artikel yang aku baca di majalah Gen-Q. Nak kata sajak ke syair ka..tak taulah..hehee... Hasil nukilan saudara yang sangat pandai bermadah pujangga..hehee Ahmad Fedtri Yahya...

Jujur...
Jalan selamat ke pintu syurga
Jalan keluar daripada azab sengsara
Jalan mati daripada syaitan menggoda
Jalan penting untuk terlepas dari neraka

Jujur itu perlu diusaha
Biar rimbun segar dibaja
Jujur itu amatlah mudah
Hanya nafsu berkata susah

Carilah teman berwatak jujur
Hidup berkat lagi teratur

Orang jujur dipayungi rahmat
Di dalam diri bebas kesumat

Budaya jujur jadikan tradisi
Akhlak yang baik sama diwarisi

Jangan gadaikan harta syurgawi
Hanya kerana tamakkan duniawi

Janji Allah kita miliki
Dengan doa dan peribadi suci

Dusta itu penghancur iman
Bebaskan dari kamus kehidupan
Kerana kita orang islam
Hidup dan mati
Hanya untuk Mu Ya Allah...

Latihan menjadi jujur

'POST MORTEM'
Catatkan dosa dengan Allah dan kesalahan yang dilakukan dengan manusia sebelum tidur. Jadikan ia sebagai rekod peribadi supaya kita lebih berhati-hati daripada mengulangi kesalahan yang sama akan datang.

MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF
Tekad untuk meminta maaf dan memulangkan hak milik orang lain. Inilah sesi membersihkan semak samun di halaman jiwa kita!



Kita buat! Kita Amal! :)


Renungan untuk diriku yang mudah lupa

Assalamualaikum..

YA ALLAH, HINDARKANLAH AKU DARIPADA MELAKUKAN PERKARA YANG ZALIM
"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik." 
- (Surah ar-Ra'd ayat 13)