Thursday, August 1, 2013

Sudah tiba masanya....

Assalamualaikum..

Aishhhh ija...tahan air mata tue dari bercucuran yer... Terasa macam raya pertama pulak. Ya Allah Ya Tuhanku kuatkanlah hati aku untuk menerima semua ini dengan hati yang lapang. Sebaknya hati hanya Allah yang tahu.

Sudah sampai masanya aku lupakan dia..(pandangan pertama). Walaupun hati ini sangat sukar untuk melupakan namun hati aku harus kuat harus kental. Hidup perlu diteruskan. 

Daripada terus menunggu elok sekiranya bagi peluang dekat orang lain. Mungkin hati ini tidak pulih sepenuhnya...mungkin makan masa tetapi harapan aku agar aku betul-betul berusaha dan nekad untuk melupakan semuanya.

InsyaAllah ija boleh!!!

Blog yang telah banyak memberi kesedaran pada aku...




Antara ayat yang membuatkan aku terkesan... 
Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.
Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata “bonus” kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang”

Teruskan hidup.. Be positive!!! :)