Hari ini 21hb 4 2012. Bermula program 1 CiTiZEN bagi semua site central. Aku tak rasa sangat berdebar sebab bukan aku yang jadi trainer. Tapi aku nak berterima kasih pada kak nida, fiza ngan fariza sebab sudi bantu aku kat sini. Sudi jadi trainer buat cbc aku. Tak kisahlah secara rela atau paksa.heheee.. InsyaAllah 26 dan 27 hb nie aku akan mengikuti kursus prestariang untuk melayakkan aku menjadi trainer masa akan datang. Jadi tak perlulah aku menyusahkan rakan-rakan aku yang lain kan..nak import diorang jauh-jauh..huhuu.. Mudah mudahan aku akan lulus. Amin.. 1 CiTiZEN nie ialah satu pensijilan untuk mengiktirafkan kita sebagai rakyat yang beretika dalam menggunakan internet dan komputer amnya dalam penggunaan bahan digital termasuk telefon. Moga-moga akan menjadi lebih beretika dan bertanggungjawab.. :)
Awal bulan 5 pula aku akan ada CBC Performance Review..arghhhh..ikutkan aku malas nak fikir sal review nie. tiap-tiap tahun mesti akan ada sahaja salah silap kami yang pihak HQ akan ungkit,kupas,ungkap dan banyak lagi lahh..hahaaaa... Nie lagi satu yang buat aku pening kepala..kata ada malam tema lah pula..tema rock n roll..apa kejadahnya lah nak wat tema-tema nie.. baik wat doa selamat kot baca yasin ramai-ramai..wat ceramah muhasabah diri ka..hehee..tp xpalah kan..pekerja memang kena patuh arahan orang atasan kan.. :)
Harapan aku agar semua berjalan dengan lancar. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menghadapi semua dugaan daripada mu Ya Allah..Engkau jadikanlah aku seorang hamba yang sabar dan tabah dalam melalui segala ujian yang mendatang. Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment