Aku tidak taksub
Aku tidak meminta
Aku tidak mengharapkan
Apakah ini..apakah...
Aku tidak peduli
Aku anggap ini hanya sebuah kenangan.
Hari hari aku mesti tengok blog dia. Aku tidak merasakan yang dia tau aku jengah blog dia. Walaupun saban hari page viewer dia bertambah-tambah. Mungkin followers dia kan!! sedangkan aku tidak pernah memberanikan diri aku untuk menjadi pengikut blog dia. Biarlahhh...hidup ini tidak selamanya indah. Kadangkala ujian datang bertimpa-timpa kerana Allah hendak menguji umatNya. Saat ini aku merasakan yang aku perlu muhasabah diri aku untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun bukan pada mata manusia..tetapi akan berusaha untuk menjadi lebih baik pada mata Allah S.W.T... semoga aku berkesempatan memperbaiki diri aku kerana kita hidup di dunia ini bukan untuk selamanya..semua ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa boleh hilang dalam sekelip mata....
No comments:
Post a Comment