Friday, March 15, 2013

Jumaat yang banyak manfaat..penghulu segala hari.

Assalamualaikum..

Sesungguhnya hari Jumaat penuh keberkatan...



HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.
Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.
Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)
Kita buat.. kita amal!!!

Thursday, March 14, 2013

TREENEA VCO SOFTGEL

Assalamualaikum..

Siapa nak TREENEA??? angkat tangan!!! 

Aku jadi agen TREENEA skang nie...sapa yang nak beli kat aku bolelah contact aku yer.. Mesti ramai yang dah tau punya TREENEA nie apa kan..oklah nak terangkan serba sedikit..TREENEA nie adalah makanan tambahan atau suplement yang 100% dari pati kelapa dara organik... Kelapa dara organik kan memang dah terbukti keberkesanannya.. 

Antara kebaikan TREENEA nie ialah dapat mengurangkan batuk, selesema dan resdung dengan syarat kita makan ikut aturan..bukan hari nie makan 2 minggu kemudian baru makan lagi...memang kita tak kan taulah dia berkesan atau tak kan??? Lagi satu kenalah minum air banyak-banyak yer... Jangan jadi macam aku...bila teringat nak minum baru minum..hehee.. (letak botol air sentiasa depan mata yer..)

TREENEA nie juga aku suka sapu kat muka sebelum tidur. Bajet bangun esok pagi muka jadi macam Song Ji Hyo...hahaha  alangkah bagusnya kan..

dia sangat cantik....

Tapi aku tetap aku..ohohooo.. Biar tak cantik janji comel dan baik hati (statment puji diri sendiri) kan kan kannnn.... :P Alhamdulillah.


TREENEA nie pon dapat mengurangkan berat badan...yang penting kena makan dengan konsisten lah..tak bole skip2 yer.. Selain tue bole atasi masalah suka krooohh krohhh (bedengkur) time tidur tue... Banyak lah lagi khasiat TREENEA nie..

Jadi sapa-sapa yang berminat nak dapatkan..bole lah sms atau whatsapp yer.. 
01114786887 (zati)



RM46 (termasuk postage)
Kalau ambil 2 kotak RM80 (free postage) 

SANGAT BERBALOI!!!



Tuesday, March 12, 2013

JUJUR...

Assalamualaikum...

Perkataan jujur terus aku tringat lagu kumpulan radja tue ja..."jujurlah padaku bila kau tak lagi suka..." hahahahah... Jujur adalah satu sifat yang sangat baik.. Sangat indah jika peribadi dihiasi dengan kejujuran.. Aku nak selitkan artikel yang aku baca di majalah Gen-Q. Nak kata sajak ke syair ka..tak taulah..hehee... Hasil nukilan saudara yang sangat pandai bermadah pujangga..hehee Ahmad Fedtri Yahya...

Jujur...
Jalan selamat ke pintu syurga
Jalan keluar daripada azab sengsara
Jalan mati daripada syaitan menggoda
Jalan penting untuk terlepas dari neraka

Jujur itu perlu diusaha
Biar rimbun segar dibaja
Jujur itu amatlah mudah
Hanya nafsu berkata susah

Carilah teman berwatak jujur
Hidup berkat lagi teratur

Orang jujur dipayungi rahmat
Di dalam diri bebas kesumat

Budaya jujur jadikan tradisi
Akhlak yang baik sama diwarisi

Jangan gadaikan harta syurgawi
Hanya kerana tamakkan duniawi

Janji Allah kita miliki
Dengan doa dan peribadi suci

Dusta itu penghancur iman
Bebaskan dari kamus kehidupan
Kerana kita orang islam
Hidup dan mati
Hanya untuk Mu Ya Allah...

Latihan menjadi jujur

'POST MORTEM'
Catatkan dosa dengan Allah dan kesalahan yang dilakukan dengan manusia sebelum tidur. Jadikan ia sebagai rekod peribadi supaya kita lebih berhati-hati daripada mengulangi kesalahan yang sama akan datang.

MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF
Tekad untuk meminta maaf dan memulangkan hak milik orang lain. Inilah sesi membersihkan semak samun di halaman jiwa kita!



Kita buat! Kita Amal! :)


Renungan untuk diriku yang mudah lupa

Assalamualaikum..

YA ALLAH, HINDARKANLAH AKU DARIPADA MELAKUKAN PERKARA YANG ZALIM
"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik." 
- (Surah ar-Ra'd ayat 13)

Tuesday, February 26, 2013

RONGAK...ROMPONG

Assalamualaikum..

Hari nie selasa kerja macam biasalah..huhu.. Semalam misi nak cabut gigi hampir menjadi..nie bukan misi nurse tue yer..nie misi aku ler nak cabut gigi..hehehe.. Lepas zohor semalam aku mak abah ngan adik aku anas pergilah tampin..nak pergi cabut gigi kat klinik swasta.. Aku skang nie macam bajet jalah weii nak pergi klinik swasta, xmo dah pergi klinik gomen dengan alasan doktor tue buat sangat sakit dan menyeksakan aku..wawaaa..

Sampai saja kat klinik daftarlah mcm biasa kan..maklumlah tak pernah pergi klinik gigi swasta sebelum nie kan... usya2 tanya harga macana kan..bole tahan jugak mahalnya..xpalah..redah jalah..


depan klinik...penuh debaran nak masuk...


dah siap2 daftar suma...tinggal tunggu turn ja nama kena panggil...wuwuuu..

NORIZZATI!!! hahhaha..kecot perot dengar nama kena panggil.tapi aku steady ja..sbb nak takot apa kan..masuk2 doktor tanyalah nak cek apa kan.aku cakaplah nak cabot rasanya gigi saya nie doktor. "takpa bagi sy cek dulu. Sekali cek gigi xleh cabot lagi, sbb gusi aku bengkak dan masih sakit. Doktor tue siap bgtau "gigi awak nie mmg patot kena cabot sbb dah dua kali tampal lepas 2 gigi awak nie dah ada nanah bawah dia tapi wat masa skang sy tak bole cabot lagi kerana gusi awak dah bengkak..bila saya ketok ja sakit kan" hahaaa.. saya risau kalau saya cabot jugak rasa sakit tak kan hilang sampai seminggu. Lagipun kalau saya bius pon nanah 2 akan makan ubat bius tue..awak akan rasa sakit bila saya cabot..wawaaaa...menyeramkan... jadi berkemungkinan sabtu nie aku pg cabot. Doktor pon dah bagi ubat...ehhh bukan bagi ehh...macam beli plak ubat ehhh..mahal betol.. klo klinik gomen 2hnggit ja... 

InsyaAllah moga2 sabtu nie suma akan ok..kadar bayaran pon berpatutan jalah.. :)


Tuesday, February 19, 2013

Smbungan dugaan...

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu...dah hampir setengah bulan dua.. Hari ini aku nak sambung mengenai Dugaan yang entah berapa lama kata nak sambung...esok..esok dan esok....xda jugak brsmbung2..heheee..

Sebenarnya 29hb Jan hari itu kereta adiwira aku kemalangan...sobssobsss....sedih2.. Mujur aku ngan adik aku xmengalami sebarang kecederaan..kalau tidak...habislah pemandu lori tue aku kerjakan.. (bajet gengster) huhuu...

Aku tak taulah salah siapa kan...salah lori 2 lah...aku dah bagi signal nak masuk smpang kanan..dia bole plak  pakai langgar ja...adoyaiiii... sampai la nie keta aku tak ok2 lagi..


kereta aku yang kena langgar 2...sedih2...waaaaa....


Inilah lori yang melanggar bontot adiwira tue....dahlah besar.. BLA lah lori oiii...

Tapi xpa...semua nie dugaan...len kali hati-hati yer ija!!!


Monday, February 4, 2013

Boros....

Assalamualaikum..

Empat haribulan dua dua ribu tiga belas... Baru ja aku gaji tapi adoyaiii duit dah tnggal suku. Mana plak pegi duit2 aku nie...waaaaa...rupanya tabiat lama aku xberubah-ubah. Cubalah wahai ija berjimat sikit. tak kan orang lain yang nak ingatkan.. InsyaAllah...aku memang kena berjimat mulai sekarang. Nanti 9hb nak pegi langkawi lagi...waduh waduh macamana nie...

Hari nie kerja plak sbb tukar cuti ngan shukor dia ada taklimat PRU. Nanti 7hb aku plak kena pg taklimat tue. Skang nie time aku tengah taip2 nie perot aku sakit sangat.cirit birit agaknya. Pagi tadi rasanya dah 11 kali masuk jamban... omehomehhh...melampaunya kau ija!!! sampai 11 kali kuar masuk jamban. Nie salah makan ka sbb xmakan xtaulah...tapi kalau aku mmg jaranglah x makan kan..hehehe. Moga-moga lah lepas nie sakit perot berkurangan.,.

Sekarang nie rasanya dah habis  musim hujan kan...tapi kat sini kemain lagi ujan dah tiga hari berturut2. memang berlarutan. risau plak kalau banjir kan.. InsyaAllah mudah mudahan sumanya baik2 saja. :)

Berbalik pada sikap aku yang buruk lagi meloyakan lagi terpengaruh dengan syaitonnnnn mana ntah...dalam satu hari aku bole beli macam2..maklumlah ada maybank2u nie suma benda nak beli ONLINE...sangat2 ntah apa2 kau nie ija... nie lah barang2 ehh...


shawl nie..rasanya dah cukup banyak shawl kat umah...ngek btol aku nie..


telekung pon nak beli jugak...konon2 nak bawak travel lah 2..sebelum nie dah beli... :P


haaaaaaaaaa...nie lagi satu. nie pon nak beli online ka ija oiiiii...bukan ko pakai pon menatang nie...sungguh2 kronik penyakit aku nie...


Ada satu lagi baju aku beli...apa nie..kenapa nie...macamana nie... pokoknya terpulang pada diri aku sendiri... Ingat ija...ko tue belum menikah lagi....jimat2 sikit duit tue... 

Ija BOLEH!!!!