Wednesday, March 14, 2012

Sejuk semakin sejuk..jantung berdegup kencang....

Hari ini aku deactivated facebook. Sengaja malas nak hadap facebook hari2. Kemudian aku jengah blog seseorang untuk tengok samada dia update atau tidak blog dia. Alangkah terkejutnya aku bila membaca entry latest yang dia post. Walaupon dia tak mention sapa orang yang dia maksudkan, dalam hati aku kuat mengatakan aku lah orang yang dia perkatakan dalam blog berkenaan. Perasaan aku tiba-tiba rasa sangat sejuk ditambah dengan cuaca yang sememangnya sejuk sekarang nie...jantung aku berdegup kencang. 


Tidak perlulah aku merungkaikan di sini apa yang terjadi sebenarnya. Cukuplah sekadar aku beritahu yang aku xambil hati pon dengan apa yang terjadi. Aku anggap semua nie asam garam kehidupan. Pasang surut lumrah sebagai seorang hamba Allah. 


Sesungguhnya pada saat ini aku merasakan bahawa aku sudah rasa tak kisah dengan perasaan sesama manusia..biarlah rasa itu datang dengan sendirinya bila tiba saat yang telah ditentukan oleh Ilahi. Alhamdulillah aku akan merasa tenang seandainya rasa sayang rasa kasih aku curahkan hanya pada yang Esa..aku masih punya keluarga dan teman-teman yang menyokong. Syukur.. 


Semua yang berlaku adalah satu pengajaran yang mendewasakan dan mematangkan aku. 

Berani sikit ija...

Assalammualaikum..
hari ini kerja macam biasa. Alhamdulillah masih bernafas lagi di dunia ini.masih sihat masih boleh mencari rezeki. Aku kerja mengadap budak-budak hari-hari tapi aku susah nak marah budak2 nie klo dia bising.Mcana aku nak jadi berani weiiii....waaaaaaaaa asal xda kekuatan dalam diri ini hahhhh????

Apa nie ija..ko kna kuat..kna tegas...xleh lembik2 r mcm nie..

TEGAS SIKIT IJA..!!!!!

Thursday, March 8, 2012

Luahan rasa

Assalammualaikum...lama tak catat mencatat di sini.baru bermula semalam. Kehidupan aku seperti biasa. Pergi kerja mengadap komputer jaaa.. Tajuk di atas..apa yang nak diluahkan sebenarnya...hidup ini kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang...sebaik mana kita merancang kalau bukan dengan izin Allah S.W.T ia tidak akan terjadi juga. 


Tetapi apa yang nak dicoretkan ini adalah mengenai perasaan sesama manusia. Aku seorang perempuan telah meluahkan perasaan pada seorang lelaki!!!! antara percaya atau tidak.. Perasaan tue hadir tiba-tiba dan aku telah memberanikan diri mengatakan yang aku suka pada dia. Walaupun kami tidak bertemu dan luahan itu hanya melalui sms..tetapi sangat memberi kesan pada aku. Aku berfikir apakah aku nie tak tahu malu dengan perbuatan tersebut. Nasi sudah menjadi bubur..terlajak perahu ke..kereta ke..boleh jgk nak undur balik..terlajak kata..terlajak sms mana boleh nak patah balik.. Aku tak peduli. 


Akhirnya luahan aku dibalas...tetapi HAMPA!!!
Aku mendoakan dia akan berjumpa dengan insan yang selayaknya dengan dia.
Aku tidak menyesal bahkan aku merasa lega...


Tarikh luah perasaan.. antara 14 feb 2012 nak menjengah ka 15 feb 2012...hahahaha... (aku memang muka xmalu..)


Tgk gambar tue..malunya aku..aku xtaulah mcana kalau aku berdepan ngan dia..waaaaa...tebalkan ja muka tue ija.. 

Wednesday, March 7, 2012

7 march 2012

Assalammualaikum....bukan satu hari yang istimewa. Cuma syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di dunia kepunyaan yang Maha Esa ini... Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa. Walaupun sudah hampir 3 bulan pada tahun 2012 ini..aku masih lagi berharap agar masa-masa akan datang akan lebih baik dari sebelumnya. Masa lalu biar dijadikan pengajaran buat aku. Meluahkan perasaan..eehhhh..tiba-tiba pula sal meluahkan rasa nie...sambung len kali jalah.. :)

Wednesday, September 14, 2011

Buat2 bz....

Assalamualaikum..
dari sehari ke sehari blog nie xupdate2..aku pon xtaulah sebab apa. nak kata aku bz..aku xbz pon...rasa macam2 keja yang aku buat tapi satu keja pon xbuat2 lagi... Apa agaknya yang aku fikirkan kan pon xtaulah. susah aku nak tafsirkan. Aku nak hidop aku sentiasa ja hepi...wlopon ada msalah.tp hepi yang berpada-padalah kan...terlebih hepi jap g menangis plak...uhuhuhuh..

Selamat Hari Raya Aidilfiri..raya yang ke 14 hari...hihihihi.

Wednesday, September 7, 2011

..............................

Assalamualaikum..
aku bukan rajin tulis blog...tapi adalah sorang budak nie kan...beria plak nak tgk blog aku...hahahahahah tgk lah ehhhhh sdari Y....blog yang x berupdate2 nie...hahahahahah

Friday, September 2, 2011

4 Syawal......

Assalamualaikum...
hari ini kembali bertugas seperti biasa.
mood raya masih ada lagi...
family pegi beraya aku kerja...uhhhuhuh