Wednesday, April 17, 2013

Boleh atau tak boleh nak pakai inai....

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? dengan harapan semua sihat-sihat belaka. Adoyaiii macam nak karang surat pula kan.. 

Ok hari nie aku nak cerita mengenai inai..apa yer inai tue.. Inai boleh dikategorikan sebagai perhiasan wanita lah..lelaki tak digalakkan pakai inai yer kecuali untuk perubatan.

Dua hari lepas aku gatal-gatal tangan jari jemari nie nak letak inai. Inai dari makkah. Wan kiah mak kak ayu bagi kat aku,(macam korang kenal plak..hehee).. Wan kiah saja bagi sebab dia baru balik dari umrah.. :)


hahhh...cantik tak? hahaa..aku pakai 10 jari yer.. tnjuk 5 jari ja.. 

Ok nie adalah sumber yang aku dapat dari pokcik Google...


  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Wallahualam...banyak ja pendapat yang bercanggah. Apa yang penting diri kita..mana yang buruk tinggalkanlah.. Mana yang baik kita ikut. Aku nanti kalau nak kawen xmolah pakai inai-inai corak tue..bukannya lawo..hehee

2 comments:

  1. fifi kawen dulu pon pakai inai kat jari macam biase tu je.. takde pon lukis2.. rase macam serabut..

    ReplyDelete
  2. owhh fifi pon xsuka ehh..ija pon rasa serabut jalah inai mcm tue.. heheee

    ReplyDelete