Saturday, July 20, 2013

Apa ada dengan RM 20.00?

Assalamualaikum..

Hari ke sebelas kita berpuasa. Alhamdulillah setakat nie belum tinggal puasa lagi.. :). Tajuk kat atas tue macam nak cerita pasal duit kan..yalah memang hari nie nak cerita mengenai duit..wang..pitih.heeee. 

Semalam ada seorang pakcik..ermm bukan pakciklah, kira pangkat atok bagi aku. Dia datang tempat kerja aku macam ada yang tak puas hati ja..aku tiba-tiba cuak..hahaha. Nak dijadikan cerita dia panggil aku cikgu!!! sedangkan aku bukan cikgu..heeee kelakar pon ada tapi takpalah kan nak panggil apa pon. 

Sebenarnya dia datang nak ucapkan terima kasih dekat aku sebab ajar cucu dia mengenai komputer. Dia boleh cakap terhutang budi kerana sijil yang dikeluarkan dari tempat kerja aku membolehkan anak dia dapat kerja kerani. Kerja kerani ja tau....Alhamdulillah. Dia punyalah suka sampai tak putus-putus cakap terima kasih. Aku plak tiba-tiba jadi malu. 

Aku beritahu atok tue yang cucu dia memang dah pandai. Aku cuma ajar sikit-sikit ja, bantu setakat termampu ja kan..apalah sangat sumbangan tue. Atok tue hulurkan RM 20.00 kat aku. Sebak pon ada, yalah kan walaupon hanya 20 ringgit tapi terkesan pada aku. Ada juga orang hargai apa yang kita buat. Aku tak mengharapkan apa-apa cukuplah sekadar ucapan terima kasih dah sangat memadai. 



Fikir-fikir semula sebelum nie ada juga seorang pakcik minta tolong emailkan kerja dia, Kita tau kan email cepat pantas bukan macam kita pos surat. Tapi punyalah nak berterima kasih bagi RM 50.00 rasa macam tak setimpal dengan kerja yang dibuat. Mungkin dia sangat hargai dan dia merasakan email itu penting.

Terima kasih Allah..Terima Kasih.
Nilai tidak penting yang penting keikhlasan dalam memberi. Tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di Akhirat. 


No comments:

Post a Comment