Friday, September 20, 2013

Rezeki

Assalamualaikum..

Suasana di tempat kerja kembali reda. Macam-macam yang berlaku yang membuatkan aku kadang-kadang berasa sangat tertekan. Mujurlah perasaan hati boleh dikawal jika tidak boleh mungkin akan berlaku pertengkaran yang tidak didingini dan tidak patot berlaku.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya..setiap pengunjung..setiap yang hadir dalam hidup ini umpama rezeki buat aku. Pada mulanya rasa berang, rasa bengang rasa nak tampar tiap-tiap individu yang membuatkan hati ini sakit tetapi jika di fikirkan balik tak guna semua tindakan tue..kelak diri sendiri akan terima akibatnya. 

Ingat ALLAH..ingat ALLAH..ingat ALLAH.. InsyaAllah dapat kawal hati dapat kawal kemarahan.. 



#menghitungharikepergiansidia... :(

Monday, September 2, 2013

Cincau...

Assalamualaikum..

Hahaha...

Blog lama tak jengah..
Tiba-tiba rasa nak taip..
Sebab apa yer???

Hahaha..sebab cincau kot..

Air cincau nie best...best..best..hahaha..
Hari nie hari yang gila..
Gila apa???
Gila CINCAU kot....

Apa-apa jalahh..
Cincau ohhhh cincau..


Ingat cincau..ingat kedai biru..hahaha.. bapa kali nak gelak lah...huhuu

Thursday, August 1, 2013

Sudah tiba masanya....

Assalamualaikum..

Aishhhh ija...tahan air mata tue dari bercucuran yer... Terasa macam raya pertama pulak. Ya Allah Ya Tuhanku kuatkanlah hati aku untuk menerima semua ini dengan hati yang lapang. Sebaknya hati hanya Allah yang tahu.

Sudah sampai masanya aku lupakan dia..(pandangan pertama). Walaupun hati ini sangat sukar untuk melupakan namun hati aku harus kuat harus kental. Hidup perlu diteruskan. 

Daripada terus menunggu elok sekiranya bagi peluang dekat orang lain. Mungkin hati ini tidak pulih sepenuhnya...mungkin makan masa tetapi harapan aku agar aku betul-betul berusaha dan nekad untuk melupakan semuanya.

InsyaAllah ija boleh!!!

Blog yang telah banyak memberi kesedaran pada aku...




Antara ayat yang membuatkan aku terkesan... 
Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.
Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata “bonus” kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang”

Teruskan hidup.. Be positive!!! :)

Monday, July 22, 2013

Kesinambungan entri jagung..heee

Assalamualaikum..

Tgk jam di dinding dah masuk asar. Ko nie ija nak tulis entri asyik tak kena masa ja. Ntahlah dah sifat semulajadi kot. Ok nie nak sambung entri pagi tadi pasal JAGUNG!!!

Nak dipendekkan cerita dah 3 hari aku teringin nak makan jagung tapi xjumpa2. Bazar ramadhan memang susahlah nak jumpa kan... Tapi yang peliknya pasar malam semalam pon takda jual jagung. Rsanya nak menangis ja pergi pasar malam jauh2 tapi tak dapat apa yang kita nak. Perasaan ja kot almaklumlah perot tengah kosong kelaparan. 

Semalam pulanglah dengan hampa tetapi sedikit terubat sebab dapat beli air jagung...pasrah lah tak dapat jagung dapat air jagung pon tidak apa apaan..heee. Mengikiut nafsu serakah bak setan durjana aku telah beli 2 bungkus air jagung..yehuuu!!! Beli 2 bungkus 3 ringgit ma!!! Tapi orang dah bagi 3 ringgit aku bole minta dua hinggit setengah???? Alahaiiii tetapi tawar menawar tidak berjaya di situ.. :(

Lagi satu cerita, aku tak dapat makan jagung aku pegi mengadu kat member aku mek yatie tue..yang tak bole blahnya siap ngadu2 suma sekali abg ipar dia balik bawak jagung!!! Ishhh jelosnya aku...orang lain teringin orang lain yang dapat..aptb.huhu. Ikotkan aku kalau rumah sebelah menyebelah sekangkang kera nak ja aku pergi umah dia minta setongkol dua.haha.

Alhamdulillah...akhirnya InsyaAllah buka puasa kejap lagi aku dapat makan jagung!!! beli dekat family store tadi..hahaa minta-minta jagungnya manislah kan...seperti manisnya wajahku..uhukuhuk..(perasan melampaui kebatasan)

Rasa macam dah panjang sangat entri nie.... ok layanlah jagung yang akan menjadi santapan aku nanti... Alhamdulillah syukur atas setiap rezeki yang Allah S.W.T telah limpahkan. 


wahhhhhh...warna dia mengancam kan!!! terus buat aku jatoh cinta...heeee

Selamat berbuka puasa semua!!!! Jangan makan banyak2 yer nanti berat ponggong korang nak bangun p tarawih,..heeee :)

Nak jagung.....nak jagung....waaaa

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan ke 13. Cepatnya masa berjalan dah hampir 15 hari kita berpuasa.. Moga segala ibadah kita dapat diterima Allah S.W.T pada Ramadhan kali ini. 

Aku nak taip cepat2 nie sebab pukul 8 nanti aku nak pergi tampin ikot mak. Adoyaii baru taip nak cepat mak bising suruh mandi dah...

Tajuk kat atas abaikan yer..nanti balik dari tampin aku sambung.

Daaaaaaaaaaaaaaaaa..... :P

Saturday, July 20, 2013

Apa ada dengan RM 20.00?

Assalamualaikum..

Hari ke sebelas kita berpuasa. Alhamdulillah setakat nie belum tinggal puasa lagi.. :). Tajuk kat atas tue macam nak cerita pasal duit kan..yalah memang hari nie nak cerita mengenai duit..wang..pitih.heeee. 

Semalam ada seorang pakcik..ermm bukan pakciklah, kira pangkat atok bagi aku. Dia datang tempat kerja aku macam ada yang tak puas hati ja..aku tiba-tiba cuak..hahaha. Nak dijadikan cerita dia panggil aku cikgu!!! sedangkan aku bukan cikgu..heeee kelakar pon ada tapi takpalah kan nak panggil apa pon. 

Sebenarnya dia datang nak ucapkan terima kasih dekat aku sebab ajar cucu dia mengenai komputer. Dia boleh cakap terhutang budi kerana sijil yang dikeluarkan dari tempat kerja aku membolehkan anak dia dapat kerja kerani. Kerja kerani ja tau....Alhamdulillah. Dia punyalah suka sampai tak putus-putus cakap terima kasih. Aku plak tiba-tiba jadi malu. 

Aku beritahu atok tue yang cucu dia memang dah pandai. Aku cuma ajar sikit-sikit ja, bantu setakat termampu ja kan..apalah sangat sumbangan tue. Atok tue hulurkan RM 20.00 kat aku. Sebak pon ada, yalah kan walaupon hanya 20 ringgit tapi terkesan pada aku. Ada juga orang hargai apa yang kita buat. Aku tak mengharapkan apa-apa cukuplah sekadar ucapan terima kasih dah sangat memadai. 



Fikir-fikir semula sebelum nie ada juga seorang pakcik minta tolong emailkan kerja dia, Kita tau kan email cepat pantas bukan macam kita pos surat. Tapi punyalah nak berterima kasih bagi RM 50.00 rasa macam tak setimpal dengan kerja yang dibuat. Mungkin dia sangat hargai dan dia merasakan email itu penting.

Terima kasih Allah..Terima Kasih.
Nilai tidak penting yang penting keikhlasan dalam memberi. Tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di Akhirat. 


Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan...

Assalamualaikum..

Wahhh cepatnya masa berlalu. Hari nie genap seminggu kita berpuasa. Sedar tak sedar kan... Selamat berpuasa pada semua.. Semoga amalan kita semua akan lebih dipertingkatkan lagi. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir kita. Andai kiti tidak ketemu Ramadhan tahun hadapan alangkah ruginya.

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terakhir akak aku sebelum dia menamatkan zaman bujang..bukan aku yer..aku korang semua doakanlah yer semoga dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul ikhlas nikah dengan aku kerana Allah S.W.T. Rasa tak best lah nanti bila akak aku dah kahwin tapi aku gembira juga sebab aku tak sabar nak dapat anak buah. Moga keluarga kami akan bertambah besar.. InsyaAllah.

Syukur Ya Allah atas rezeki yang telah Engkau berikan ke atas kami sekeluarga. Sesungguhnya Engkaulah Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Benarlah tiada Tuhan selainMu Ya Allah.. 


Friday, July 12, 2013

Perlu ka malu???

Assalamualaikum..

Alangkah malunya hari nie... Entah macana aku boleh terlupa hari nie hari Jumaat. Penghulu segala hari. Tapi pagi tadi aku memang ingat hari nie jumaat sebab aku siap baca Surah Kahfi lepas solat subuh tapi lepas tue macana aku boleh pergi masjid untuk solat zohor???

Agak musykil bila perkara nie terjadi. Aku berangan ka? aku dok pk benda lain ka? Yang aku rasa macam tak boleh terima bila aku dengan slumber park keta lepas tue keluar keta mcm takda apa-apa berlaku tapi dalam kepala otak aku nie terfikir jugak kenapa ramai sangat kat masjid mujur aku tak tanya budak-budak kat situ ada sapa-sapa ka yg meninggal hari nie. 

Aku amik wuduk macam biasa..yalah kan buat tak tahu jalah..masa tue pon asyik berfikir2 ja memang siyes tak ingat langsung. Masuk dalam masjid pon wat slumber ja...pakai telekong tunggu azan kemudian solat sunat. Habis ja solat sunat macam imam dok baca khutbah ... Ya Allah baru teringat patotlah ramai lelaki rupanya HARI NIE ADA SEMBAHYANG JUMAAT weiii... 

Masa tue memang malu dah sebab pintu yang memisahkan ruang solat tue cuma cermin sliding..aku buat tak tahu jalah..aku terus solat zohor..selesai ja aku terus beredar.. :P

Pengajaran hari nie janganlah berangan yer kalau buat sesuatu tue..berfikir sampai tak tau apa yang jadi. Macam kat alam fantasi plak..Sedar diri sikit kat dunia realiti nie.. 

Tuesday, July 2, 2013

Bila???

Assalamualaikum...

Akulah Aku

Kan selalu hadir untukmu
Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...

Petikan lirik lagu Keroz - Suatu Hari

Wednesday, June 26, 2013

Kemenangan Milik Syura...

Assalamualaikum..

Tengok tajuk pon dah tau kan cter pasal apa..heee. Tengok masterchef semalam memang mengharapkan syura yang menang. Sekali betol kan dia menang. Sampai menitiklah air mata aku tengok dia bercerita daripada orang fikir dia tak layak untuk merangkul gelaran juara kan.. Suka tengok muka dia yang lembut. dia sangat rendah diri dan tak over confident.

Hidangan dari syura.

Appetizer

Main Course

Dessert

Tahniah..tahniah..tahniah...kepada syura. Ehh syura sebaya aku lah...tapi anak dia dah 3 orang...aku? Masih ada Allah ada Mak Abah ada adik beradik..kawan-kawan....lagi ramai dari 3 orang kan..heeee

Dapat menyumbang kepada yayasan Breast Cancer..

Bersama trofi kemenangan

Semoga syura terus sukses dalam apa jua bidang.. :) 







Saturday, June 22, 2013

Carbonara Cili Api bersama Kobis...heeee

Assalamualaikum..aduhaiii...

Hari nie kali kedua aku buat spageti carbonara walawehhh...hehaaa.. Aku rasa memang sedaplah aku masak kali nie. Perasan sungguh kau ija!!! Ehhhh tapi memang betul sampai adik aku anas yang habiskan tadi.. aku senyum lebar dengan rasa bangga... :)

Biasanya carbonara ala2 lemak gitu kan...kali nie aku campur cili api. Sebab aku takot tak boleh telan kalau lemak sangat kan nak-nak letak susu sekali.

Orite...nie resepinya. Sebenarnya aku amik resepi nie dari blog http://tenggilingbergulung.blogspot.com/2013/02/resepi-spaghetti-carbonara-yang-suci.html

terima kasih yer atas resepinya. Cuma aku tambah cili api skit kasi ada kick!!

Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 1 Tin Carbonara jenama Prego
2) Setengah packet spaghetti (tapi aku tersalah beli spagetinya halus bebeno)
3) Daging kisar segenggam
4) Sayur Kobis (agak-agak ja)
5) Sebiji bawang besar (blend)
6) Dua ulas bawang putih (blend)
7) minyak masak.
8) garam
9) 1 cawan kecil susu pekat (susu segar xdop)
10) Cili api (ikut suka, aku letak 6 biji ja)

Cara-cara:
1) Mula-mula blend ler cili api,bawang besar dan bawang putih bersama.
2) Panaskan minyak untuk menumis. Sambil minyak panas jerang air dalam periuk tunggu sehingga mendidih (untuk rendam spagetinya)
3) Tumis bahan yang telah di blend tadi kacau sehingga naik baunya..heee
4) Setelah mendidih masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging tadi hilang warna merahnya..
5) Kemudian masukkan sos prego carbonara (aku guna carbonara mushroom jadi tak perlulah cendawan butang bagai..)
6) Kacau sehingga kita rasa puas hati..haha. Seterusnya masukkan susu cair cap 1 Malaysia..heee. Kacau sehingga mendidh.
7) Akhir sekali masukkan kobis yang telah dipotong kecik-kecik..letak secubit garam. Gaul seketika.. Jangan lupa tutup api..
8) Pastikan spageti sudah siap direbus yer..
9) Bole terus dihidang....taraaaaa

Spageti ala-ala mihun kan..tersalah amik..bajet tau sangat...haha
 
 
Bolelah cuba di rumah yer...sedap dengan kerapuhan kobis itu... :)




Tunggu dan terus menunggu...

Assalamualaikum...

Ijaaaaaaaaaaaaaa......pergi mandi cepat!!!! haha aku tak mandi lagi nie. Tulis blog sambil badan berbau achemmm...haha. Kejap lagilah mandi kan..

Rasa macam baru ja update blog padahal dah lama tak tulis kat blog nie.. :) Tajuk macam menunggu seseorang ja..yer memang aku sedang menunggu seseorang sejak tahun 2011 lagi. Tapi tuelah kan penantian nie satu penyiksaan.haha. Orang kata perempuan boleh meminang lelaki tetapi adoyaiiii sangatlah malu sekiranya aku meminang si dia yang jauh di mata tue.. :P

Takpalah selagi aku boleh tunggu aku akan tunggu. Sanggup aku tunggu walaupun umur aku dah cecah 30. Kalau panjang umur kan..

 
 
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
 


Monday, June 10, 2013

Sunyi

Assalamualaikum....
Lama-lama lama sangat tak update blog nie. Aku bole plak jengah blog sendiri hari-hari tapi tak update..apa kes??? hahaaa saja ja jari jemari yang tembam nie tak mo plak menaip...malas bebeno..heeee..

Tajuk macam gempak je kan...padahal takda apa-apa pon..tak sunyi pon...cuma tuelah keadaannya bila duduk dengan family. Isnin sampai jumaat adik sudah pergi sekolah..tinggal mak abah aku. Semalam adik lagi seorang pon dah balik asrama. takda sapa yang aku nak kacau..huhuu...sedey2...

Ok sekarang motif untuk jaga mak dan abah ja kat umah..niat dalam hati biarlah hidup bujang lagi, mungkin Allah tak bagi jodoh sekarang kerana aku tak memerlukannya. Ehhhhh nie dah masuk tajuk lain plak..heeee...

Orite nak pergi basuh kain plak....daaaaaaaaaa

Friday, May 24, 2013

Aku Tak Pinta

Assalamualaikum.

Aku tak minta perasaan aku jadi macam nie. Aku tak tau kenapa cepat sangat aku berubah hati. Bukan aku tak bersyukur tetapi soal hati dan perasaan dn yang sewaktu dengannya tak boleh dipaksa-paksa. Kenapalah aku jadi sebegini. waaaaaaaaa . Sabarlah wahai hati ... 

Saturday, May 11, 2013

1 CiTiZEN ke-2

Assalamualaikum...

Hari ini 1 Rejab. Puasa sunat. Moga lebih baik dari semalam.

Buat kelas 1 CiTiZEN yang ke -2. Agak lama tak buat kelas nie. Harapan agar kelas hari ini berjalan lancar dan memberangsangkan.

Tak guna mogok untuk mendapatkan keadilan. Buat sahaja kerja yang telah dipertanggungjawabkan.. Amin..Amin..Amin... kepadaMu aku berserah Ya Allah.. Syukur atas segala yang telah Engkau kurniakan. 

Usaha lebih Ija!!!! 


Wednesday, May 8, 2013

Dengar...Perhati...

Assalamualaikum..

Sudah agak kelewatan.kenapa yer aku tak tdo lagi? sedangkan esok nak bangun awal pagi. Sebelum subuh dah nak gerak pergi shah alam. Wahai mata silalah tutop yer.... :)

Dengar dan perhati saja
Apa gaya apa lagak biar saja
Jangan kita juga turut serta
Kelak mungkin merana.

Dengar dan perhati saja
Senyum biar slumber
Tak perlu peduli apa orang kata
Kain kita urusan kita.

Dengar dan perhati saja
Tongkat dagu tadah telinga
Di dunia sementara saja
Akhirat juga kekal selamanya....

Apa yang aku merepek nie....adoyaii...mungkin memerhati keadaan sekeliling yang macam-macam ragam manusia baik putih hitam kelabu gemok kurus pendek... Di sisi Allah S.W.T tetap sama... :)




Friday, May 3, 2013

DuaPuluhTujuh

Assalamualaikum.. 

Lama dah tak tulis-tulis kat blog nie. Hari nie genaplah umur aku 27 tahun 1 hari..ohhh..my nutox!!!(bajet fazura) aku suda tua....waaaaa.. Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah ini. Syukur yang tak terhingga. Semalam mengikut kalendar masihi 2hbMei2013 tarikh aku dilahirkan.. yang best nya tarikh lahir aku sama dengan MAK aku.. jarang-jarang kan jumpa sama bufday ngan mak nie..heeee. Terima kasih mak  melahirkan ija dengan susah payah...nak-nak mak aku cakap aku nie lahir menyongsang..lagilah aku tak dapat nak bayangkan macana..kata mak punggung keluar dulu..hohohoo... 

Semalam sambut kat rumah ja..tak pergi mana-mana pon.. Kat bawah nie kek dari abah untuk isteri dan anaknya..heheee Mak 53 tahun..tapi tulisan kat kek nampak macam 56 ja..terkejot mak tengok..ingat abah lupa umur mak berapa..hahaa.. Nie namanya kek potong kaki..manis tersangat-sangatlah manisnya.. :p . Apa-apa pon terima kasih abah!!! Mesti korang tengok ingat aku yang buat kan..(bajet lagi..haha).. beli kat kedai ja nie..kalau tau buat kek..sendiri bikinlah..haha



Harapan aku agar aku menjadi lebih baik dari hari ini...dan moga dipertemukan jodoh yang baik dan kesihatan yang baik.. Semua nak baik-baik belaka ja... :)

22Sya'aban nanti sambut lagi sekali... heeeeee


Amin..Amin Ya Rabbal Alamin.. 

Wednesday, April 24, 2013

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua...

Syukur Ya Allah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Mu ini Ya Allah...  Alhamdulillah atas setiap rezeki yang Engkau telah berikan padaku selama ini. Sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang lemah lagi hina. Kuatkanlah iman ku Ya Allah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan cekalkan hatiku Ya Allah dalam menempuh segala dugaan dariMu. 

Aku yang Berdosa

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah

Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah

Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah

Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah

Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segala puji-pujian hanya untukMu YA ALLAH.....................

Wednesday, April 17, 2013

Boleh atau tak boleh nak pakai inai....

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? dengan harapan semua sihat-sihat belaka. Adoyaiii macam nak karang surat pula kan.. 

Ok hari nie aku nak cerita mengenai inai..apa yer inai tue.. Inai boleh dikategorikan sebagai perhiasan wanita lah..lelaki tak digalakkan pakai inai yer kecuali untuk perubatan.

Dua hari lepas aku gatal-gatal tangan jari jemari nie nak letak inai. Inai dari makkah. Wan kiah mak kak ayu bagi kat aku,(macam korang kenal plak..hehee).. Wan kiah saja bagi sebab dia baru balik dari umrah.. :)


hahhh...cantik tak? hahaa..aku pakai 10 jari yer.. tnjuk 5 jari ja.. 

Ok nie adalah sumber yang aku dapat dari pokcik Google...


  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Wallahualam...banyak ja pendapat yang bercanggah. Apa yang penting diri kita..mana yang buruk tinggalkanlah.. Mana yang baik kita ikut. Aku nanti kalau nak kawen xmolah pakai inai-inai corak tue..bukannya lawo..hehee

Saturday, April 6, 2013

Maera Ismail Giveaway 2013

Assalamualaikum..

Mari kawan-kawan kita join giveaway dari blog bunga-bunga pinky-pinky ini... :)


Menang atau tidak, anda tetap layak untuk berada di dalam bloglistswww.maeraismail.com.
Sangat mudah bukan?? Apalagi, jom join!!! ;)




GIVEAWAY NABIHAH -----> TEKAN 
GIVEAWAY EMAS PUTIH -----> TEKAN

1st Giveaway by Nabihah Ahmad


Assalamualaikum...mari-mari join giveaway blog comey ini... :)

Dengan jayanya, hari ni, Bieha lancarkan "1st Giveaway by Nabihah Ahmad" *tepuksikit*.
Jom join kawan-kawan.... KLIK BANNER DI ATAS !!!



JOM JOIN GIVEAWAY DUIT CASH & 50 HADIAH --> TEKAN
SENARAI HADIAH HEBAT --> TEKAN
SENARAI SPONSER YANG TOP DAN FEMES --> TEKAN

Friday, April 5, 2013

Segmen Bloglist Sebulan dan Hadiah Misteri !


Assalamualaikum..
 Jom join!!! sangat senang.... :)
klik banner untuk join.
#Syarat sangat mudah !
#Tamat pada 7/4/2013 jam 6 petang !
 

Thursday, April 4, 2013

1st Giveaway By Emas Putih

Assalamualaikum...

Ok semua dijemput sertai contest ini...contest yang menggembirakan hati anda... Selamat liking-liking following-following... :)


Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzuye. Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)

 1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT

1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
 3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]

copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

 

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.

Like Fanpage Sponser

               



Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">


Follow G+ Sponser




HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st  Cash RM 30 
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Wednesday, April 3, 2013

Senyum tak perlu kata apa-apa... :)

Assalamualaikum...

Langkawi


Cameron & Pangkor




Cerita bekurun...tenet lem skit lahh..malam sambung..

 

Tuesday, March 26, 2013

Memberi dan menerima...

Assalamualaikum..

Lirik lagu yang bagi aku penuh makna...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/12/lirik-selamat-ulang-tahun-sayang-imran.html#ixzz2OdKOL7kf

Apa-apa pun biasakanlah diri kita untuk mengucapkan terima kasih walaupun hanya dengan sedikit pertolongan.

Kita buat..Kita Amal!!!

Thursday, March 21, 2013

Hati lembut ke penakut???

Assalamualaikum...lagi 15minit nak balik..heeeeeee skang jam 5.45.

Aku nak bicara soal pergaduhan ketakutan dan sewaktu dengannya.. Aku nie nak kata berani takdalah sangat tapi penakut pon tak..cuma aku akan cepat tersentak atau terkejut bila sesuatu pergaduhan belaku depan mata..walaupun pergaduhan antara budak kecik yang lebih kecik lebih rendah dari aku...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak gugur jantung aku weiiii...

Adakah aku lemah semangat???? idok ler kan...

kucing gaduh pon aku rasa nak lari,....mokcik takot ler... inikan pula sesama manusia..

Jadi sekarang hindar-hindarkanlah diri anda dari terjebak dengan pergaduhan yer..lebih-lebih lagi yang wanita macam aku nie..idok keburuknya kalau korang bergaduh tarik-tarik rambut sampai terselak skirt bermotifkan bunga tue...ilang udah serinya cik kak!!!!

Tapi yang pastinya hati aku lembut kot.. (bukan macam dialog gila2 remaja yer...hati kau keras roy!!) hahaahaa...heheeee......

Wednesday, March 20, 2013

Sayang dan suka.....

Assalamualaikum... banyak keja nie tapi aku rasa macam tak da keja ja..hehee....

Hari ini saja ja aku nak share ngan korang suma orang yang aku sayang.... ini dia.... wajah kesayangan hamba.. :) love manyak-manyak... 


Kakak aku (ayu) Aku (Ija) Adik no 4 (Anas) Adik no 3 (Fatin) Adik no 5 (Idah)
Abah (Rashid) Mak (Hayati)
Aku sayang semuanya.......sampai akhir hayat aku!!!


Ok...nie wajah-wajah yang aku suka pula..bagi aku semuanya jujur dan ikhlas dalam setap perkara.. :)

Ustazah Fatimah Syarha yang lembut orangnya.. 

Prof Dr Muhaya.. tegas dan bijak..

Wardina, lantang dalam mempertahankan hak wanita...

Heliza yang manis.. 

Oki yang nampak matang tak seperti usianya..

Siti Nurhaliza penuh kesopanan..

Fazura yang tulus berkarisma..

Fasha yang berani... tak perlu ambil peduli kata-kata orang..

Nora danish ibu yang seperti keanak anakan...

Siti Saleha yang persis aku kot!! owhhh tidak aku yang perasan terlebih..hahaha..

Irma si cantik manis... :)


Lisa Surihani..baik dan cool.... 


hah??? ini amoi manyak sesat r...tapi still dalam senarai aku..dia sangat comel..
Song Ji Hyo... (kan manis kalau pakai tudung juga..hehee)