Wednesday, February 4, 2015

Tiada Kata

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Tak tau nak kata apa memang tiada kata yang dapat keluar dari hati nie. Macam-macam perasaan sekarang nie.. Geram,marah,sakit hati tapi rindu tetap ada dan yang pastinya segala rasa tue tak dapat nak keluar dari mulut nie.. 

Hidup ada pasang surutnya.. Setiap manusia ada ujian masing-masing yang ALLAH telah tetapkan. Sebagai hambaNYA aku hanya mampu bersabar. Dunia hanya sementara...jika aku rasa tidak bahagia, ramai lagi orang yang lebih lebih lebih tak bahagia dari aku.. Syukur Alhamdulillah atas segala rahmat kurniaan yang telah ALLAH berikan di dunia ini. 

Teruslah bertabah wahai hati... 

Wednesday, December 17, 2014

Maafkan saya...

SAYA SAYANG AWAK...
MAAFKAN SAYA YERRR KALAU SELALU SAKITKAN HATI AWK.

MAAFKANSAYAKA...

Monday, August 18, 2014

Ada ka mengumpat yang dibenarkan?

Assalamualaikum...

Salam isnin...

Rasanya ija nie suka suki dia ja nak tulis kat blog bila bila dia suka. Sebulan  satu Kali post!! Cukuplah untuk diri sendiri....huhiiii

Nie bukan nak cerita...nak c&p ja dari makngah Google...saja nak sharing caring boring terbaring...

Mengumpat ialah perkataan yang mengandungi unsur kebencian dan menyakitkan hati. Walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi ianya tetap dikategorikan sebagai mengumpat. Jika ianya adalah satu pembohongan(fitnah), maka kedua-duanya (fitnah dan mengumpat) itu, menjadi dosa besar dan menjijikkan.
Mengumpat dibenarkan mengikut beberapa keadaan tertentu.
Pertama: untuk membuat aduan kepada pihak atasan agar kejahatan dapat dihapuskan dan keadilan dapat dikembalikan.
Kedua: jika seseorang ingin bekerjasama dengan orang yang tidak dikenali dan meminta pendapat daripada anda. Dan anda memberi nasihat kepadanya untuk kebaikan tanpa berunsurkan kepentingan diri anda. Contohnya; janganlah kamu bekerjasama dengannya. Jika tidak kamu akan menyesal kerana dia hanya akan memudaratkan kamu.
Ketiga: jika seseorang itu bukan berniat untuk mendedahkan keburukan orang tersebut, tetapi untuk memeberi kesedaran.
Keempat: jika orang yang diumpat itu melakukan dosa tanpa sebarang hasutan bahkan dengan kerelaan mereka sendiri dan melakukan dosa tanpa teragak-agak.
Berdasarkan keempat-empat kategori di atas, mengumpat itu dibenarkan jika ianya dilakukan tanpa unsur kepentingan diri dan semata-mata untuk menyatakan kebenaran.
Sebaliknya jika tujuan mengumpat itu selain daripada kategori di atas, ianya diperumpamakan seperti api yang membakar amal soleh. Sepertimana nyalaan api boleh membakar kayu.
Jika seseorang itu mengumpat dan yang lain mendengar umpatan dengan rela, maka haruslah salah seorang daripada mereka berdoa; i399 Apakah Kategori Mengumpat Yang Dibenarkan? Ya Allah, ampunilah aku dan dia (orang yang diumpat) dengan kata-kata umpatan yang telah saya lemparkan.
Dan bilamana mereka (orang yang mengumpat dan mendengar umpatan) berjumpa dengan orang yang diumpat, maka mestilah mereka meminta maaf dengan berkata: “maafkan saya”.(daripada Risalah Nur)

Umpatan, mengumpat, mengata dan sebagainya sinonim dengan perempuan gadis wanita... Hahhh...gadis pon mengumpat termasuk saya. Nauzubillah... Manusia take terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi isu sekarang nie dah tau itu adalah dosa besar masih nak buat juga!!! Termasuklah sy lagi sekali. 

MasyaAllah semoga Allah mengampunkan dosa saya... Terasa hina dan jijik tiba-tiba... 

Istiqamah terus istiqamah menuju kebaikan... In Sha Allah

Entry untuk umum tiada kena mengena dengan sesiapa jua hanya untuk mengingati diri sendiri. 

Guna phone comey dari orang yg comedy memang macam nie... Tulisan pon lain2... Typo sana sini. Esok guna PC i edit semula yer... 

Jom makan ikan pekasam sama sambal belimbing buloh!!!! Telan air liur jalah yer..

Daaaaaa 

Salam Syawal dari IJA untuk semua.... Hihiii 

Thursday, July 10, 2014


Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas dibumiNya ini. 
Alhamdulillah selesai makan tengahari tadi..Alhamdulillah rezeki lemang dan rendang dari Wan Kiah menambat selera aku. Masih terasa kepedasan rendang ayam campur daun puding tue.. Walawehhh sodap beb!!

Keadaan di CBC seperti biasa...anak-anak aku macam selalulah, bising yang amat-amat. Ponek den terjorit-jorit macam tue jugaklah perangai ehhh samo jolah. Tak bole buek apo dah..den dulu pon mcm tue agak ehhh..jadi bior jalah diorang dengan dunia fantasi diorang tue..

InsyaAllah andai esok panjang umur malam ini masih bernafas lagi dapatlah menunaikan tarawih pertama pada Ramadhan kali ini. Terasa excited nak tunggu bulan puasa nie.. Tak tau sebab apa.. :) 





Oklah nak sambung buat laporan aktiviti nie..esok nak cuti dah takmo fikir pasal keja..hehee 

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua... 0-0 yer.. Maaf andai tersalah kata tersilap bicara, sesungguhnya segala yang buruk dari saya hambaNya yang hina dan segala yang baik sempurna hanya dari ALLAH S.W.T yang ESA. 

Puasa jangan tak puasa!!! 


Sunday, June 22, 2014

apaapaan....

Assalamualaikum..

Ambillah masa..
Ambillah masa..
Ambillah masa..

Tak kisah tak kisah tak kisah

Terima
Terima
Terima 

Apa yang aku merepek nie...
Esok mau pergi sekolah anas. 
Jadi wakil parent plak..hahah
Angguk jalah apo Cikgu ehh nak kato..

Daaaaa...

Selamat malam dunia maya!!! 




Saturday, June 21, 2014

La Tahzan


La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


la tahzan
la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen ke inbox emel akuislam. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca =)


Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-wanita-bahagia/