Monday, April 30, 2012

Hari xshat..hari yg sgt down...

Semalam dan 28 hb di UTEM. Training 1 CiTiZEN. Malang kerana aku tak lulus exam yang nak melayakkan aku menjadi seorang trainer. Kena cuba lagi lepas nie. Alhamdulillah ada peluang kedua. Nak diceritakan semalam aku tak shat. Macam biasalah penyakit gastrik nie datang ngan tiba-tiba. Semua serba tak kena. Berpeluh semacam jer..sakit perot.nak tumpu pada training pon tak dapat. Petang terpaksa pergi klinik sebab tak bawa ubat. suma nak lupa. Esok pergi perak tak bole lupa-lupa bawa ubat. tak da sapa nak tolong dah kat sana, kena pandai-pandai lah jaga diri sendiri. tak laratlah nak tulis lagi. seram sejuk jer nie suasana kat CBC. Jom tengok 5 rencah 5 rasa kat tv3.. Daaaaaaa..........

Thursday, April 26, 2012

macam-macam.....

Petang khamis di CBC. Rasa macam nak marah jer suma orang dalam CBC nie..tak taulah pasal apa. Mungkin aku tak bapa nak shat kot. Esok aku dah nak pegi melaka. Ada training kat UTEM melaka sampai hari ahad. Moga-moga aku lulus dengan cemerlang nanti.. InsyaAllah.. Hari selasa nak bertolak pegi perak plak. Ermm padat sungguh rasanya bulan 4 nie.

Bercerita soal program 1 CiTiZEN, Alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar. walaupun hanya 2 orang sahaja yang lulus. Tapi xpalah percubaan pertama kami kan.. InsyaAllah akan datang mesti wat yang terbaik. Amin..

Soal hati dan perasaan tak boleh nak tafsir tak bolah nak jangka. Siapa yang diciptakan buat aku akan aku terima dengan redha dan ikhlas. Kan best klo ada lelaki yang beriman bagi aku lagu nie..


Ya Allah Ya Tuhanku..sejahterakanlah kedua ibu dan bapa ku..adik beradiku, sanak saudaraku, jiran-jiranku, guru-guruku serta seluruh umat islam di dunia ini.. Amin..


Saturday, April 21, 2012

1 CiTiZEN

Hari ini 21hb 4 2012. Bermula program 1 CiTiZEN bagi semua site central. Aku tak rasa sangat berdebar sebab bukan aku yang jadi trainer. Tapi aku nak berterima kasih pada kak nida, fiza ngan fariza sebab sudi bantu aku kat sini. Sudi jadi trainer buat cbc aku. Tak kisahlah secara rela atau paksa.heheee.. InsyaAllah 26 dan 27 hb nie aku akan mengikuti kursus prestariang untuk melayakkan aku menjadi trainer masa akan datang. Jadi tak perlulah aku menyusahkan rakan-rakan aku yang lain kan..nak import diorang jauh-jauh..huhuu.. Mudah mudahan aku akan lulus. Amin.. 1 CiTiZEN nie ialah satu pensijilan untuk mengiktirafkan kita sebagai rakyat yang beretika dalam menggunakan internet dan komputer amnya dalam penggunaan bahan digital termasuk telefon. Moga-moga akan menjadi lebih beretika dan bertanggungjawab.. :)

Awal bulan 5 pula aku akan ada CBC Performance Review..arghhhh..ikutkan aku malas nak fikir sal review nie. tiap-tiap tahun mesti akan ada sahaja salah silap kami yang pihak HQ akan ungkit,kupas,ungkap dan banyak lagi lahh..hahaaaa... Nie lagi satu yang buat aku pening kepala..kata ada malam tema lah pula..tema rock n roll..apa kejadahnya lah nak wat tema-tema nie.. baik wat doa selamat kot baca yasin ramai-ramai..wat ceramah muhasabah diri ka..hehee..tp xpalah kan..pekerja memang kena patuh arahan orang atasan kan.. :)

Harapan aku agar semua berjalan dengan lancar. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menghadapi semua dugaan daripada mu Ya Allah..Engkau jadikanlah aku seorang hamba yang sabar dan tabah dalam melalui segala ujian yang mendatang. Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, April 10, 2012

Meragam plak... !!!!

Lokasi : CBC Bukit Jalor.
Jam : 3:12 pm

waaaa..........rasa sangat down hari nie. asal  gastrik aku tak elok-elok lagi nie..sesak rasanya. sendawa pon dah dengar 1 batu jaoh ehh..asyik kuar angin ja..perot pon memulas ja nie.. Aku dah makan.cukup ja makan rasanya..asal ada lagi sisa gastrik nie... ubat pon dah makan. sabarlah wahai ija...


Nie nak cakap pasal kemaafan plak..kemaafan yang tertangguh.aku takotlah nak minta maaf kat dia..rasa sangat-sangat tak confident nak ucapkan maaf tue. sebab apa pon tak taulah.. nantilah bila aku dah betol-betol bersedia aku akan minta maaf jugak..mungkin dalam tahun nie..paling lewat pon tahun 2014..heheheh..



Saturday, April 7, 2012

Maafkan saya ehhh....

Hari ini aku cuti. tak kerja. Aku pergi klinik cek masalah perempuan aku..heheee.... Alhamdulillah stabil..cuma stress skit..pk sal apa pon xtaulah..  Lain yang nak cek, lain yang dpat. Gastrik datang balik..ingt ok dah.. Rasanya aku makan tak ikot waktu... Malam nie aku nak minta maaf kat seseorang..aku tak taulah samada dia nak maafkan aku atau tak. Aku tak kira..aku tetap nak minta maaf kat dia..sebab aku tak minta izin nak baca blog dia. Aku rasa macam serba salah..tak tenteram pon ada. Mudah mudahan dia maafkan aku...tapi macana kalau aku dah bgtau dia xmo kawan ngan aku lagi.. Ija...xyah pk sangatlahh..apa pon yang jadi..hidup mesti diteruskan..


Monday, April 2, 2012

Terimalah kenyataan...

Assalammualaikum...pejam celik dah masuk bulan 4. sekejap saja masa berlalu. 31 mac hari tue aku pergi kluang menghadiri satu majlis perkahwinan member sekerja aku. Boleh tahan jaoh kluang tue sebab jarang smpai sana kan..rasanya hari tue baru dua kali aku pergi sana. Nak letak pic xda plak pic sama pengantin. suma dekat kamera orang lain. Pergi sana dapat lah jumpa ngan dia.tapi tak cakap apa-apa pon. senyap jaa.. Biar jalah macam tue kan..lagi baik. Bila fikir-fikir semula..aku rasa hanya berkawan lagi sesuai dari menimbulkan apa-apa perasaan..aku tak pernah menyesal luahkan rasa...semua dah terjadi kan.

Walau apa pon yang terjadi...hidup mesti diteruskan..
Hidup ini mesti berani terima kenyataan.. kuatkan hati..
Jaga Iman..Jaga Hati.. :)