Wednesday, March 28, 2012

Pening-pening...blur-blur...


Apa khabar semuanya..adakah anda sihat-sihat belaka? saya jawab ehhh..'yer...kami semua sihat!!!' hehee.. Hari nie aku pg update plak blogger yang baru, kan dah susah..nak xplore lagi..cam rumit ja.. Hari ini aku kerja..baru leh nak menyemak kan blog aku nie. Kalau nak post guna bb sangatlah leceh sbb size yang sangatlah kecik kan..sakit mata nie.. Hari nie keadaan cbc aku sangatlah riuh mengalahkan pasar..pasar pon xdalah bsing macam nie agaknya. Budak-budak xda koko..tue yang suma mai sini..nak main game ja kerjanya.. Berapa banyak hari ini daaaaa........hehuuuuuuu






Saturday, March 24, 2012

hepy berpada2 ok!!!

Esok aku cuti...yeahhhh!!! aku cuti smpai har selasa. Esok ngan isnin aku dok umah jalah. Selasa aku nak kuar ngan cik yatie gebu pergi segamat. Sapa nak ikot??? angkat kaki...heheee...  Dalam kita nak bergembira nie ingatlah orang yang kurang bernasib baik. Orang yang tidak cukup kasih sayang..anak yatim piatu. mereka semua hamba Allah sama seperti kita. Ija, bersyukurlah dengan apa yang kau ada hari ini. Alhamdulillah...

Thursday, March 22, 2012

Kantoiiiii.....

4:37pm waktu aku tulis entry nie. 4:36pm tadi aku nak jengah blog dia tapi NOT FOUND??? atoyaiiiii...dia dah tau ka aku penah jengah blog dia nie..lam ati aku..alamak!!!! kantoi sudah ini macam...  Minta-minta lah sebab lain kan... 



Wednesday, March 21, 2012

Hilang...

Hilang lagi selipar aku buat kali keduanya..waaaaa..sapalah budak yg amik selipar aku nie..ishhh..geram tol aku nie. pkai selipar cantik kna amik. selipar buruk pon owg amik. pas nie pakai high heels r pg keja kan..



Cantiknya warna ungu baldu lagi tue..tapi kalau aku pakai konpom xsampai lima langkah terpeleot dah..heheee...

Hilang selipar tak sama dengan hilang anak. apa ada hal kan kalau hilang selipar nak dibandingkan dengan kes sekarang kat malaysia nie. Hilang anak..hilang mak..aku pon dah merasakan selamat ke malaysia nie?? Alhamdulillah selagi kita di bawah pengawasan yang betol tak kan ada apa-apa yang jadi. Zaman sekarang anak remaja mudah sangat ikot kata hati..tidak berfikir panjang..mak ayah risau tapi apa yang jadi??? sanggup mereka-reka cerita penculikan sendiri...Astaghfirullah al azim....minta dijauhkan lah dari fikiran aku. (remaja ka aku???rasanya tua bangka dah...huhhuuu..)

Apa yang terjadi moga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar.... 

Baik ke???

Semalam mc xkeja. demam macam makin teruk. Alhamdulillah hari nie dapat kerja seperti biasa, tapi sian plak kat partner..batok2 dah berjangkit sama sy lah 2...hahaha...

Hari nie dapat enam email kerja. mengenai i citizen. Apa itu i citizen??? aku pon xpasti. cari kat google pon xdijumpai.xpalah...aku boleh tanya rakan-rakan yang lain macam shamsul ngan hasanatul. Malas nak pk sal i citizen tue sebab time kursus prestariang tue aku xjoin..jadi hati tue xda sangatlah nak tau sal i citizen nie. Hahhh..tgk dah ada satu sikap buruk aku..malas dan xmau nak cari sesuatu yang baru.apo nak jadi nie ijaaa....xmo cter r..

Skang nie nak cter aku nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya..biarlah apa orang nak kata pon kan..aku rasa dah dua kali aku post nak jadi baik nie..tapi baikkah aku? InsyaAllah akan menjadi baik...setiap orang ada kelebihan kekurangan..macam aku jugak..rasa macam lagi banyak yang kurang dari yang lebih. Tapi itu semua xpenting.harap semuanya dalam kesederhanaan.

Monday, March 19, 2012

kosong...

Blur nak letak tajuk apa. last2 tlislah ksong.. hari nie xkerja. Dok umah jelahh..kesihatan pon xmengizinkan untuk pg mana2.. abah pon xshat nie..darah tinggi datanglah 2. muntah2 pening kepala. kesian abah..xlalu dah...dah makan kuar balik apa yg di makan 2.. aku harap abah cepat sembuh. sebab abah xmo bergantung dengan ubat darah tinggi..nanti bila ubat xda..lagi susah kan.. Abah pon makan xmo pantang.. pegi kenduri makan ja daging kambing..memang sedaplah..tapi kita nie lah risau bila dia sakit...

Aku pon penah kena darah tinggi..memang sangat xsangka masa 2.mngkin aku xpnah nak jaga makan minum aku selama nie.Alhamdulillah skang nie dah xpnah datang lagi. Kena jaga2 lah..

Nak smbung baliklah kmas bilik nie.berselerak dah..huhu macam dilanda ribut..huhu

Saturday, March 17, 2012

Apakah..apakah ini..

Aku tidak taksub
Aku tidak meminta
Aku tidak mengharapkan
Apakah ini..apakah...
Aku tidak peduli
Aku anggap ini hanya sebuah kenangan.


Hari hari aku mesti tengok blog dia. Aku tidak merasakan yang dia tau aku jengah blog dia. Walaupun saban hari page viewer dia bertambah-tambah. Mungkin followers dia kan!! sedangkan aku tidak pernah memberanikan diri aku untuk menjadi pengikut blog dia. Biarlahhh...hidup ini tidak selamanya indah. Kadangkala ujian datang bertimpa-timpa kerana Allah hendak menguji umatNya. Saat ini aku merasakan yang aku perlu muhasabah diri aku untuk menjadi insan yang lebih baik walaupun bukan pada mata manusia..tetapi akan berusaha untuk menjadi lebih baik pada mata Allah S.W.T... semoga aku berkesempatan memperbaiki diri aku kerana kita hidup di dunia ini bukan untuk selamanya..semua ini adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila masa boleh hilang dalam sekelip mata....

Friday, March 16, 2012

Bengkel Photoscape..kesihatan...

Assalammualaikum..
Alhamdulillah bengkel photoscape selama dua hari 14 ngan 15 mac berjalan lancar. Walaupon secara kecil kecilan tetapi banyak manfaat yang diperolehi. budak-budak nie suka lebih-lebih lg dapat sijil. Tue yang diorang nak kumpul..hehehhe.. skang nie tinggal nak wat report ja send pada ws ngan nusuara..syukur..

Masalah kesihatan memang xlepas dari setiap orang. Macam tue jugalah ngan aku. Dua hari lepas dengan cuaca yang xmenentu..selesema plak menyerang.skang nie ngan batok2 sekali. ditambah plak ngan ulser dalam mulut nie..memang peritlahh.. tapi aku gagahkan juga...Allah nak menguji hambaNya...

Wednesday, March 14, 2012

Sejuk semakin sejuk..jantung berdegup kencang....

Hari ini aku deactivated facebook. Sengaja malas nak hadap facebook hari2. Kemudian aku jengah blog seseorang untuk tengok samada dia update atau tidak blog dia. Alangkah terkejutnya aku bila membaca entry latest yang dia post. Walaupon dia tak mention sapa orang yang dia maksudkan, dalam hati aku kuat mengatakan aku lah orang yang dia perkatakan dalam blog berkenaan. Perasaan aku tiba-tiba rasa sangat sejuk ditambah dengan cuaca yang sememangnya sejuk sekarang nie...jantung aku berdegup kencang. 


Tidak perlulah aku merungkaikan di sini apa yang terjadi sebenarnya. Cukuplah sekadar aku beritahu yang aku xambil hati pon dengan apa yang terjadi. Aku anggap semua nie asam garam kehidupan. Pasang surut lumrah sebagai seorang hamba Allah. 


Sesungguhnya pada saat ini aku merasakan bahawa aku sudah rasa tak kisah dengan perasaan sesama manusia..biarlah rasa itu datang dengan sendirinya bila tiba saat yang telah ditentukan oleh Ilahi. Alhamdulillah aku akan merasa tenang seandainya rasa sayang rasa kasih aku curahkan hanya pada yang Esa..aku masih punya keluarga dan teman-teman yang menyokong. Syukur.. 


Semua yang berlaku adalah satu pengajaran yang mendewasakan dan mematangkan aku

Berani sikit ija...

Assalammualaikum..
hari ini kerja macam biasa. Alhamdulillah masih bernafas lagi di dunia ini.masih sihat masih boleh mencari rezeki. Aku kerja mengadap budak-budak hari-hari tapi aku susah nak marah budak2 nie klo dia bising.Mcana aku nak jadi berani weiiii....waaaaaaaaa asal xda kekuatan dalam diri ini hahhhh????

Apa nie ija..ko kna kuat..kna tegas...xleh lembik2 r mcm nie..

TEGAS SIKIT IJA..!!!!!

Thursday, March 8, 2012

Luahan rasa

Assalammualaikum...lama tak catat mencatat di sini.baru bermula semalam. Kehidupan aku seperti biasa. Pergi kerja mengadap komputer jaaa.. Tajuk di atas..apa yang nak diluahkan sebenarnya...hidup ini kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang...sebaik mana kita merancang kalau bukan dengan izin Allah S.W.T ia tidak akan terjadi juga. 


Tetapi apa yang nak dicoretkan ini adalah mengenai perasaan sesama manusia. Aku seorang perempuan telah meluahkan perasaan pada seorang lelaki!!!! antara percaya atau tidak.. Perasaan tue hadir tiba-tiba dan aku telah memberanikan diri mengatakan yang aku suka pada dia. Walaupun kami tidak bertemu dan luahan itu hanya melalui sms..tetapi sangat memberi kesan pada aku. Aku berfikir apakah aku nie tak tahu malu dengan perbuatan tersebut. Nasi sudah menjadi bubur..terlajak perahu ke..kereta ke..boleh jgk nak undur balik..terlajak kata..terlajak sms mana boleh nak patah balik.. Aku tak peduli. 


Akhirnya luahan aku dibalas...tetapi HAMPA!!!
Aku mendoakan dia akan berjumpa dengan insan yang selayaknya dengan dia.
Aku tidak menyesal bahkan aku merasa lega...


Tarikh luah perasaan.. antara 14 feb 2012 nak menjengah ka 15 feb 2012...hahahaha... (aku memang muka xmalu..)


Tgk gambar tue..malunya aku..aku xtaulah mcana kalau aku berdepan ngan dia..waaaaa...tebalkan ja muka tue ija.. 

Wednesday, March 7, 2012

7 march 2012

Assalammualaikum....bukan satu hari yang istimewa. Cuma syukur Alhamdulillah aku masih bernafas di dunia kepunyaan yang Maha Esa ini... Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa. Walaupun sudah hampir 3 bulan pada tahun 2012 ini..aku masih lagi berharap agar masa-masa akan datang akan lebih baik dari sebelumnya. Masa lalu biar dijadikan pengajaran buat aku. Meluahkan perasaan..eehhhh..tiba-tiba pula sal meluahkan rasa nie...sambung len kali jalah.. :)